Rujukan Kami : PERJASA(262/86)SU/1/2002 Jld.5 (63)
Tarikh : 6 Mei 2013
Semua Ahli
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA)
Y.Bhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERJASA KALI KE-21
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-21 berdasarkan butiran berikut:
Tarikh 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa 02.30 petang 08.30 pagi
Tempat Ballroom Hotel Marriott Putrajaya
IOI Resort City
Putrajaya
3. Agenda Perasmian Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:
- Bacaan Doa
- Ucapan alu-aluan YBrs. Presiden PERJASA;
- Ucapan Perasmian oleh YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU selaku Penasihat PERJASA; dan
- Penyampaian Cenderamata
4. Dimaklumkan juga bahawa Mesyuarat Agung akan bermula sejurus selepas acara perasmian. Agenda Mesyuarat Agung seperti berikut:
- Ucapan YBrs. Pengerusi PERJASA;
- Pelantikan dua (2) orang Pencatat Sementara;
- Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke 20;
- Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Persatuan bagi Sesi 2011-2013;
- Pembentangan dan Pengesahan Laporan Bendahari serta Penyata Kira-kira yang diaudit bagi tempoh sehingga 31 Disember 2012;
- Pembubaran Jawatankuasa Persatuan Bagi Sesi 2011-2013;
- Pelantikan Pengerusi Sementara;
- Pemilihan Jawatankuasa Persatuan bagi Sesi 2013-2015;
- Pemilihan dua (2) orang Juruaudit bagi Sesi 2013-2015;
- Pembentangan dan Perbahasan Usul-usul;
- Ucapan Penangguhan dari Pengerusi Persatuan Sesi 2013- 2015.
5. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengisi Maklumbalas Kehadiran ke Mesyuarat Agung dan Pernyataan Usul yang dilampirkan bersama notis ini. Maklumbalas tersebut hendaklah dikemuka melalui emel salmiza@mampu.gov.my,khairulazrin@mampu.gov.my, hazliana@mmea.gov.my atau sweesuan@mampu.gov.my selewat-lewatnya pada 13 Mei 2013 jam 5 petang.
6. AJK Persatuan dengan segala hormatnya menjemput Y.Bhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan ke Mesyuarat Agung PERJASA kali ke-21. Semoga kehadiran Y.Bhg Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan ke Mesyuarat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
(SALMIZA SHAHRIMAN)
Setiausaha
PERJASA
Sesi 2011-2013




