Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

NOTIS MESYUARAT AGONG PERJASA KALI KE 25

NOTIS MESYUARAT AGONG PERJASA KALI KE 25

Hai Gaiss..

Semua dah nampak kan minggu lepas ada keluar Banner pasal Notis Mesyuarat Agong Kali Ke-25
Min nak buat FAQ sikitlah pasal Mesyuarat ni…jom layan :

🎲 Bila? : 7 April 2021 (Rabu) Jam 2.30 ptg

🎲 Dimana? : Secara Online Menggunakan Platform Airmeet

🎲 Apa tu Airmeet? : Airmeet adalah salah satu platform komunikasi maya yang kita akan guna bagi mengadakan Mesyuarat Agong secara maya. Ini bagi mematuhi SOP di musim pandemik Covid-19 ketika ini. Paltform ini telah digunakan oleh PERJASA dalam sesi webinar akhir-akhir ini.

🎲 Apa kelebihannya buat secara maya? : Ahli PERJASA yang berada sejauh utara nun di Perlis hingga ke Sabah boleh hadir Mesyuarat Agong kali ini tanpa perlu travel jejauh. Jimat poket dan dapat bersama-sama. Malahan ahli PERJASA yang sedang sambung belajar di luar negara pon boleh join sekali tanpa sekatan rentas negeri.

🎲 Selain platform Airmeet ada lagi platform lain? : InsyaAllah bagi yang mungkin tka berkesempatan mendaftar untuk Mesyuarat Agong kali ini kita akan buat siaran langsung terus menerus melalui Youtube Rasmi PERJASA. So jangan lupa like dan subscribe ya channel tersebut untuk mudah dapat alert jika ada video atau live stream terbaharu.

🎲 Apa beza join Airmeet dan Youtube? : Sekiranya join menerusi Airmeet, anda boleh terus berinteraksi dalam Mesyuarat tersebut secara dua hala melalui suara dan mesej. Namun bagi yang join di Youtube, anda hanya akan dapat lihat sahaja tanpa ada interaksi terus dengan mesyuarat tersebut dan kehadiran anda tidak akan diambil kira.

🎲 Apa URL untuk daftar kehadiran Mesyuarat Agong ni? : http://bit.ly/DaftarAGMPERJASA25

🎲 Ada syarat ke nak daftar kehadiran ni? : Hermmmm…ofkos yang paling penting adalah anda adalah ahli PERJASA yang berdaftar. Jadi nak semak anda masih ahli tu boleh ke URL berikut : https://ahli.perjasa.org.my/checking.html

🎲 Saya bukan ahli PERJASA tapi berminat nak join, acaner? : Yesssza, min suker…Bagi ahli baharu, boleh rujuk sini untuk cara mendaftar sebagai ahli baharu : https://www.perjasa.org.my/index.php/daftar/ . Anda hanya perlu bayar yuran pendaftaran RM10 dan Yuran Keahlian Tahunan PERJASA Tahun 2021 sebanyak RM24 sahaja atau bayar RM300 untuk seumur perkhidmatan anda.

🎲 Apakah syarat lain untuk join Mesyuarat Agong ni? : Selain anda perlu Ahli Biasa PERJASA berdaftar, anda sangat digalakkan untuk membuat bayaran Yuran Keahlian PERJASA bagi tahun 2020 dan tahun 2021. Disamping itu, kemaskinilah maklumat (No Tel Bimbit, Emel Peribadi, Emel Rasmi, Kementerian, Agensi / Jabatan dan Gred Semasa) di dalam Sistem Keahlian PERJASA bagi tujuan memudahkan urusan pemilihan cabutan bertuah khas Mesyuarat Agong nanti di URL https://ahli.perjasa.org.my

🎲 Kalau dah daftar Mesyuarat Agong tu apa kelayakan saya? :
Anda turut layak untuk :
🧲 Secara automatik untuk menyertai cabutan bertuah khas Mesyuarat Agong PERJASA Kali Ke-25
🧲 Penyertaan automatik secara percuma sebagai peserta FIESTA (5-7 April 2021). Namun kelayakan ini bersyarat dengan anda wajib jelaskan bayar yuran keahlian bagi tahun 2020 & 2021
🧲 Layak mengundi AJK Baharu secara online
🧲 Layak dicalonkan untuk pemilihan AJK Baharu 2021/2023 (https://tinyurl.com/MesyAgungPERJASA25)
🧲 Layak mencadang dan mengundi usul Mesyuarat Agung PERJASA Kali Ke-25 (https://tinyurl.com/MesyAgungPERJASA25)

🎲 Bagaimana saya nak mencalonkan AJK PERJASA Baharu? : Anda boleh terus ke URL berikut https://tinyurl.com/MesyAgungPERJASA25 dan Tarikh Tutupnya adalah pada 31 Mac 2021 sebelum jam 6 petang.

🎲 Bagaimana saya nak cadang Usul kepada Mesyuarat Agong kali ni? : Anda boleh guna URL sama dengan yang tadi iaitu https://tinyurl.com/MesyAgungPERJASA25 dan Tarikh Tutupnya adalah pada 31 Mac 2021 sebelum jam 6 petang.

🎲 Eh tadi ada sebut pasal Fiesta tu kan, apa aktivitinya? : Tech Talk topik menarik, Talk Berdagang Saham, Talk Rias Diri, Lawat
Virtual Booth dan Virtual Treasure Hunt. Info berkaitan ni nantikan dalam promo seterusnya nanti.

🎲 Β Ada mende lagi la nak tanya pasal Mesyuarat Agong dan Fiesta ni.. nk tanya saper eh?? : Jangan risau, emelkan ke [email protected] kami sedia membantu

🌑Amacam, Anda 🌑Teruja? Min pon teruja… Ayuh daftar, dan sapot PERJASA dengan jelaskan Yuran Keahlian Tahunan Anda. Yang belum daftar sebagai Ahli Biasa PERJASA. Ayuh buat sekarang… rujuk Portal PERJASA https://www.perjasa.org.my untuk maklumat kaedahnya.

Jangan lupa calonkan AJK PERJASA Baharu dan Cadangkan Usul bagi Mesyuarat Agong PERJASA Kali Ke 25 nanti sebelum 31 Mac 2021 Jam 6 Petang.

#AyuhBangkitRakanF
#AGMPERJASA25
#FiestaPERJASA2021
#KitaJagaKita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts