Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

Sesi Kunjungan Hormat PERJASA kepada Ketua Pengarah MAMPU merangkap Ketua Perkhidmatan ICT Sektor Awam

Sesi Kunjungan Hormat PERJASA kepada Ketua Pengarah MAMPU merangkap Ketua Perkhidmatan ICT Sektor Awam
PERJASA amat berbesar hati atas kesudian YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof Ismail, KP MAMPU merangkap Ketua Perkhidmatan ICT Sektor Awam menerima kunjungan hormat PERJASA pada 27 April 2021 di MAMPU Putrajaya.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas persetujuan KP MAMPU dengan cadangan kolaborasi strategik PERJASA bersama MAMPU untuk terlibat bersama dalam aspek pemantapan laluan kerjaya, kompetensi dan kepakaran ICT Skim F selain diberi peluang penyertaan program/ kursus/ latihan anjuran MAMPU kepada ahli PERJASA pada masa akan datang.
 
Amanat KP MAMPU selaku Ketua Perkhidmatan ICT Sektor Awam kepada semua ahli PERJASA dan juga personel Skim F: Pendigitalan perkhidmatan awam kini adalah antara agenda utama negara untuk merakyatkan perkhidmatan awam menerusi inisiatif MyDigital dan Rangka Kerja (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang baru dilancarkan oleh YB PM pada 19 Feb 2021. Ia merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara untuk memulihkan ekonomi negara dalam era pandemik Covid-19 ini. Peranan dan tanggungjawab personel Skim F amat penting dalam pemerkasaan perkhidmatan awam secara digital untuk penyampaian perkhidmatan awam yang seamless, integrated dan inclusive berpacukan data yang betul. Semua personel Skim F perlu sentiasa berketerampilan dan melengkapkan diri dengan daya kepimpinan, pemikiran strategik dan ketahanan yang tinggi untuk mengharungi arus perdana pendigitalan ini bersama MAMPU demi mencapai aspirasi negara. MAMPU akan terus memantapkan perkhidmatan dan kebajikan personel Skim F – perkara ini adalah amanat YBhg. Tan Sri KSN kepada beliau.
 
Sehubungan dengan itu, PERJASA akan turut berganding bahu dengan MAMPU untuk mencapai amanat tersebut. Sama-sama melestarikan perkhidmatan Skim F! Together Let’s Make IT Happen! 💪🏻.

*Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik & Arkitektur ICT, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan pegawai-pegawai Sekyen Sumber Manusia MAMPU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts