PERJASA.Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam

PORTAL RASMI PERJASA · ARTIKEL & ALBUM

SESI TECHNOLOGY UPDATE, AGM KE-27 DAN JAMUAN RAYA PERJASA 2026

2026-04-08 · Selesai · Urusetia PERJASA

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) telah berjaya menganjurkan Sesi Technology Update dan Mesyuarat Agung PERJASA Kali Ke-27 pada 8 April 2026 yang lalu bertempat di Dewan Armada, Marina Putrajaya. Program padat ini dimulakan dengan sesi perkongsian teknologi hasil kolaborasi strategik bersama Google Cloud yang memfokuskan kepada inovasi kecerdasan buatan (AI) serta keselamatan awan dalam sektor awam, sebelum diteruskan dengan kelancaran agenda rasmi mesyuarat agung.

Usai sesi mesyuarat, kemeriahan acara diserikan lagi dengan Majlis Jamuan Raya PERJASA 2026 bertempat di Bora Ombak, di mana para peserta hadir bergaya bertepatan dengan tema busana Baju Raya. Selain menjadi platform meriah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli, majlis perjumpaan ini turut diceriakan dengan penyampaian cenderamata dan hadiah cabutan bertuah istimewa kepada 250 orang pendaftar terawal.

SESI TECHNOLOGY UPDATE, AGM KE-27 DAN JAMUAN RAYA PERJASA 2026

Lihat semua aktiviti