Mengapa Skim F Perlu Menjadi Pakar Rujuk AI?
Perkhidmatan awam memerlukan pakar yang memahami pembinaan, pengendalian, dan keselamatan AI secara mendalam. Bagi merealisasikan matlamat ini, PERJASA telah menganjurkan Bengkel AI Systems Co-Design Lab Sesi 1 (2–3 September 2026) untuk mengangkat peranan Skim F daripada sekadar pemudah cara kepada peneraju utama AI berdaulat.
Setinggi-tinggi Penghargaan:
-
Aras Integrasi Sdn Bhd (En. Farul Azim, CTO & En. Ahmad Faurani, Pengarah Keselamatan Siber) atas tajaan, kepimpinan teknikal, dan tenaga pengajar.
-
Katalist Ventures (YM Tengku Arief Mubiin, CEO) atas penajaan ruang latihan yang kondusif.
-
Kumpulan Rintis Peserta yang berani mengambil langkah pertama membuka jalan untuk rakan profesion.
Hala Tuju Seterusnya: PERJASA dan Aras Integrasi akan meneruskan bimbingan berterusan. Para peserta diseru untuk mendokumentasikan dan berkongsi hasil pembelajaran di platform profesional serta media sosial. Biar hasil kerja membuktikan kepakaran, dan perkongsian ilmu menjadikan Skim F rujukan dipercayai!
#PERJASA #AIUntukSemua #DemiMalaysia #AwesomeSkimF #MADANIBekerja #AIBerdaulat
