Sesi Clock-Out Ketua Pengarah JDN: "Jejak Bakti, Tinggal Kenangan"
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) telah menghadiri Majlis Sesi Clock-Out bagi meraikan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN) yang bertemakan "Jejak Bakti, Tinggal Kenangan".
Majlis tersebut telah berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.45 petang sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Presiden PERJASA, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PERJASA, serta wakil-wakil lain.
PERJASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepimpinan serta bakti yang telah dicurahkan oleh Ketua Pengarah JDN.





