PERJASA.Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam

PORTAL RASMI PERJASA · ARTIKEL & ALBUM

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN KERJAYA DAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT 2026 - 2030

2026-02-10 hingga 2026-02-11 · Selesai · Biro Komunikasi Digital

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026–2030 pada 10–11 Februari 2026 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Bengkel ini melibatkan 50 pegawai terdiri daripada Perunding ICT, Pengurus ICT Kementerian, wakil persatuan dan kesatuan Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Wakil Persatuan dan Kesatuan Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Juruanalisa Sistem (PERJASA), Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KPPTM) dan Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU) serta pegawai JDN. Program dirasmikan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah II JDN, Encik Mohd Zamri bin Selamat, dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Azlinda binti Mohd Jan.

Bengkel ini bertujuan merangka Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat bagi tempoh lima tahun secara lebih jelas, tersusun dan komprehensif, selari dengan mandat baharu JDN yang meliputi penambahbaikan tatakelola ICT, pengukuhan GovTech, keperluan NCII serta peranan kawal selia data yang semakin mencabar dan dinamik.
Perbincangan turut memfokuskan hala tuju pembangunan modal insan digital, Rancangan Pendigitalan Sektor Awam 2026–2030 serta perkongsian amalan terbaik pembangunan kerjaya dan kompetensi bagi klasifikasi perkhidmatan Jurutera.

 Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan bengkel ini!

BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN KERJAYA DAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT 2026 - 2030

Lihat semua aktiviti