Hari Warga Emas Sedunia
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam Malaysia (PERJASA) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Warga Emas Sedunia khusus buat warga emas, terutamanya otai-otai Skim F yang telah mencurahkan ilmu, tenaga, dan pengalaman dalam membangunkan ICT sektor awam.
Setelah sekian lama menabur bakti menguruskan sistem dan rangkaian negara, kini tiba masanya untuk memberi tumpuan kepada penjagaan diri sendiri melalui amalan berikut:
- Jaga Kesihatan: Amalkan pemakanan seimbang, kurangkan gula, garam dan makanan diproses, kekal aktif, serta jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
- Jaga Emosi: Kurangkan tekanan, luangkan masa bersama keluarga dan sahabat, kekal positif, serta teruskan aktiviti yang menggembirakan.
- Terus Bersama Teknologi: Jangan "pencen" daripada perkembangan ICT dan AI. Gunakan aplikasi digital bermanfaat untuk memudahkan urusan harian.
- Utamakan Keselamatan Siber: Waspada terhadap *scam*, *phishing*, dan *deepfake* AI. Jangan klik pautan mencurigakan dan elakkan berkongsi kata laluan, PIN, atau OTP.
Teknologi dan AI akan terus berkembang pesat, namun pengalaman, integriti, dan kebijaksanaan yang dibina oleh warga Skim F selama ini kekal bernilai tinggi buat panduan generasi baharu.
Terus sihat, terus aktif, terus belajar, dan terus berkongsi ilmu.
