Selamat Bersara, Ts. Nik Zalbiha
22 Oktober 2026 (Khamis)
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ts. Nik Zalbiha, Penaung PERJASA, sempena hari terakhir perkhidmatan beliau pada hari ini.
Setiap perjalanan perkhidmatan pasti tiba di penghujungnya, namun segala bakti, jasa dan kepimpinan yang dicurahkan akan terus menjadi sumber inspirasi. PERJASA amat menghargai sokongan, bimbingan dan komitmen padu yang telah diberikan oleh beliau, khususnya dalam menyokong usaha memperkasa profesion teknologi maklumat serta komuniti penjawat awam dalam bidang digital.
Semoga segala sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan menjadi legasi yang sentiasa dikenang. Seluruh warga PERJASA mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan berpanjangan bersama keluarga tercinta dalam menikmati alam persaraan.
Selamat Bersara, Ts. Nik Zalbiha. Jasamu dikenang, baktimu disanjung.
Ikhlas daripada,
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA)
