PERJASA.Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam

PORTAL RASMI PERJASA · ARTIKEL & ALBUM

KUNJUNGAN HORMAT PERJASA SESI 2026–2028 KE JDN

2026-08-14 · Selesai · Urusetia PERJASA

Pada 14 Ogos 2026, barisan kepimpinan baharu Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) Sesi 2026–2028 yang diketuai oleh Presidennya, YBrs. Encik Razale bin Ibrahim, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Digital Negara (JDN). Pertemuan ini merupakan langkah awal untuk memperkenalkan kepimpinan baharu, mengeratkan rangkaian strategik, serta membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh kompetensi, merancakkan inovasi, dan memacu pembangunan profesionalisme warga sektor awam.

Pihak PERJASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JDN atas penerimaan kunjungan dan perbincangan yang amat positif tersebut. Menerusi jalinan kolaborasi ini, PERJASA menzahirkan komitmen untuk terus memberikan sokongan penuh kepada JDN dalam memacu agenda pendigitalan sektor awam yang lebih berdaya saing, dengan harapan usaha sama ini membawa manfaat besar kepada seluruh ekosistem perkhidmatan awam negara.

KUNJUNGAN HORMAT PERJASA SESI 2026–2028 KE JDN

Lihat semua aktiviti