Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, YBrs. Ts. Nik Zalbiha Binti Nik Mat, atas kejayaan cemerlang beliau merangkul Women in Technology Leadership Award di DCCI Awards baru-baru ini. Pengiktirafan yang amat bermakna ini menzahirkan kepimpinan beliau yang luar biasa dalam memacu transformasi digital negara, sekali gus menjadi kebanggaan dan sumber inspirasi kepada seluruh warga PTM untuk terus menyemarakkan inovasi dalam perkhidmatan awam.
Bagi menyokong hasrat memartabatkan profesion ini, PERJASA mengalu-alukan warga PTM yang belum mendaftar untuk segera menyertai persatuan pada hari ini demi memperkukuh kesatuan komuniti kita. Ayuh kekal berhubung dan ikuti perkembangan terkini serta pelbagai aktiviti menarik kami menerusi saluran media sosial rasmi PERJASA.
