Portal Baharu PERJASA

NANTIKAN
KEMUNCULANNYA

00Hari
00Jam
00Minit
00Saat

1985

Tahun Ditubuhkan

41

Tahun Pemerkasaan

13

Jumlah Presiden

1866

Jumlah Ahli

Kenali Kami

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam, Malaysia (PERJASA) merupakan sebuah pertubuhan profesional yang mewakili dan memperkasa peranan Juruanalisa Sistem di dalam sektor awam.

Sorotan Sejarah & Pencapaian:

  • Bermula pada 20 Oktober 1985 melalui Mesyuarat Agung Pertama di INTAN, Jalan Elmu dengan kehadiran 76 orang perintis Juruanalisa Sistem (JAS). Persatuan ini telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1986.

  • Dato’ Dr. Raja Malik Raja Mohamad diberi kepercayaan sebagai Presiden PERJASA yang pertama dan Encik Mohd Isa Nik adalah Setiausaha Protem PERJASA, menerajui persatuan dari penggal 1985/1986. Pendaftaran PERJASA telah diterima oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1986

  • Bagi mencerminkan perwakilan yang lebih menyeluruh, nama persatuan telah ditukar daripada peringkat Kuala Lumpur kepada peringkat kebangsaan (Malaysia) pada 29 Disember 1994.

  • Melakar sejarah yang membanggakan apabila diiktiraf secara rasmi sebagai Persatuan Ikhtisas oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 30 Mei 2014.

Muat Turun Buku Undang-Undang

Fokus Utama

  • Memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan kompetensi ICT ahli.
  • Mewujudkan kerjasama strategik dengan pemegang taruh dalam inisiatif ICT.
  • Memastikan tenaga pakar Skim F, terutamanya F9 ke atas, digembleng sepenuhnya dalam Sektor Awam.
  • Memperjuangkan kebajikan ahli persatuan secara menyeluruh.
  • Melindungi hak serta kepentingan persatuan dan ahli dari semasa ke semasa.
Logo PERJASA

Identiti Persatuan

Logo rasmi PERJASA ini menggunakan rekaan butang papan kekunci yang amat dekat dengan identiti Pegawai Teknologi Maklumat (PTM). 

Elemen Bentuk & Susunan

  • Susunan Papan Kekunci (Keyboard): Melambangkan bidang tugas dan peranan JAS.

  • Kotak Keputusan (Decision Box): Merupakan bentuk bagi setiap kekunci yang terdapat pada logo tersebut.

  • Arah Panah ke Kanan: Susunan yang membentuk anak panah ini melambangkan hala tuju menuju kejayaan.

Elemen Warna

  • Biru: Mewakili keharmonian dan kesatuan yang terhasil daripada kerjasama erat sesama ahli.

  • Merah: Melambangkan sifat berani dan sentiasa bersedia untuk bertindak.

  • Hitam: Mencerminkan prinsip yang tegas dan tetap pendirian.

Terma Penggunaan

HAK CIPTA TERPELIHARA : Logo ini adalah hak milik eksklusif PERJASA. Pihak ketiga WAJIB mendapatkan kebenaran bertulis sebelum sebarang penggunaan. Permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Presiden PERJASA melalui emel di [email protected].

Garis Panduan Penggunaan Logo PERJASA

Skuad Utama

Kenali Skuad PERJASA! Inilah barisan kepimpinan terkini dan nadi penggerak utama setiap biro yang komited bersatu memacu agenda kecemerlangan persatuan.

AJK PRESIDEN
RAZALE BIN IBRAHIM

JABATAN DIGITAL NEGARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK NAIB PRESIDEN
Ts. Dr. MOHAMED HAIRUL BIN OTHMAN

KEMENTERIAN DIGITAL

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BENDAHARI
Ts. RINI YUDESIA BINTI NASWIR

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK SETIAUSAHA
Ts. LINDAMASWANA BINTI MASBAHON

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO TADBIR URUS & KEAHLIAN
MIOR NORAZMAN BIN MIOR DAUD

KEMENTERIAN DIGITAL

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO TADBIR URUS & KEAHLIAN
SALWA BINTI RAMLI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO KOMUNIKASI DIGITAL
Ts. MUZAMIR MOKHTAR

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO KOMUNIKASI DIGITAL
Ts. ASRUL NIZAM BIN ASAT

JABATAN DIGITAL NEGARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO KORPORAT & TAJAAN
Ts. MAZWIN BINTI MUHAMAD YUSOF

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO KORPORAT & TAJAAN
Ts. MOHAMED KHEIRULNAIM BIN MOHAMED DANIAL

JABATAN DIGITAL NEGARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO KOMPETENSI & INOVASI
Ts. Dr. MOHD FARIZUL BIN MAT GHANI

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO KOMPETENSI & INOVASI
UTHAYAN A/L IYANA

INTAN BUKIT KIARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO KESEJAHTERAAN & GAYA HIDUP
Ts. HAZLIANA BINTI TALHA

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO KESEJAHTERAAN & GAYA HIDUP
MAGGERY ROXANE ANAK DENNIS

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK BIRO PRIHATIN & CAKNA
Ts. Dr. NOOR HASLIZA BINTI MOHD HASSAN

JABATAN DIGITAL NEGARA

[email protected]

Klik untuk lihat tugas
AJK BIRO PRIHATIN & CAKNA
Ts. AMZARI BIN ROSLAN

CUTI BELAJAR HLP

[email protected]

Klik untuk lihat tugas

AJK PEMERIKSA KIRA-KIRA
Ts. MOHD AMIR BIN MOHD AZIR

JABATAN AUDIT NEGARA

Klik untuk lihat tugas
AJK PEMERIKSA KIRA-KIRA
NORAISHAH RAHIMAH BINTI OMAR

JABATAN PEGUAM NEGARA

Klik untuk lihat tugas

Garis Masa Aktiviti

Pelbagai program dan inisiatif berimpak tinggi menanti warga Skim F! Ayuh sertai aktiviti kami dan sama-sama lonjakkan potensi diri ke tahap optimum.

11 Sep 2026
Biro Komunikasi Digital
Video Aktiviti PERJASA 2023 - 2025
PERJASA telah memuat naik video sorotan Aktiviti PERJASA 2023 hingga 2025 yang telah dibentangkan dalam AGM PERJASA Ke-27 pada 8 April 2026.   Video ini memaparkan pelbagai inisiatif sepanjang tempoh tersebut termasuk bantuan kebajikan ahli, aktiviti sukan dan rekreasi seperti bowling dan brisk walk, penganjuran seminar bersama rakan strategik serta penglibatan dalam think tank kemajuan kerjaya PTM sektor awam. Tonton sekarang: https://ringkas.jomguna.online/AKTIVITI-PERJASA-2023-2025   Usaha ini mencerminkan komitmen PERJASA dalam memperkukuh komuniti, menjaga kebajikan ahli dan menyumbang kepada pembangunan kerjaya dalam sektor awam. Sokong PERJASA dengan share, like dan subscribe saluran YouTube PERJASA. Pelbagai kandungan menarik menanti.   Belum menjadi ahli PERJASA? Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti PERJASA.
Info Lanjut
02 - 03 Sep 2026
Biro Kompetensi & Inovasi
Bengkel AI Systems Co-Design Lab Sesi 1
Mengapa Skim F Perlu Menjadi Pakar Rujuk AI? Perkhidmatan awam memerlukan pakar yang memahami pembinaan, pengendalian, dan keselamatan AI secara mendalam. Bagi merealisasikan matlamat ini, PERJASA telah menganjurkan Bengkel AI Systems Co-Design Lab Sesi 1 (2–3 September 2026) untuk mengangkat peranan Skim F daripada sekadar pemudah cara kepada peneraju utama AI berdaulat. Setinggi-tinggi Penghargaan: Aras Integrasi Sdn Bhd (En. Farul Azim, CTO & En. Ahmad Faurani, Pengarah Keselamatan Siber) atas tajaan, kepimpinan teknikal, dan tenaga pengajar. Katalist Ventures (YM Tengku Arief Mubiin, CEO) atas penajaan ruang latihan yang kondusif. Kumpulan Rintis Peserta yang berani mengambil langkah pertama membuka jalan untuk rakan profesion. Hala Tuju Seterusnya: PERJASA dan Aras Integrasi akan meneruskan bimbingan berterusan. Para peserta diseru untuk mendokumentasikan dan berkongsi hasil pembelajaran di platform profesional serta media sosial. Biar hasil kerja membuktikan kepakaran, dan perkongsian ilmu menjadikan Skim F rujukan dipercayai! #PERJASA #AIUntukSemua #DemiMalaysia #AwesomeSkimF #MADANIBekerja #AIBerdaulat
Info Lanjut
19 Ogos 2026
Biro Kompetensi & Inovasi
TECH TITAN AI CYBER DEFENSE SUMMIT 2026
TECH TITAN AI CYBER DEFENSE SUMMIT 2026   Satu lagi platform perkongsian ilmu dan jaringan teknologi yang berjaya dianjurkan oleh PERJASA bersama TECH TITAN Malaysia pada 19 Ogos 2026 bertempat di Aloft Kuala Lumpur Sentral.   Hampir 400 peserta hadir untuk meneroka tiga elemen game changer yang semakin penting dalam era digital iaitu Pengkomputeran Awan, Keselamatan Siber dan Kecerdasan Buatan (AI).   Terima kasih kepada semua peserta, rakan kolaborasi dan pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan program ini.   Semoga platform seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan daya tahan siber, inovasi digital dan transformasi sektor awam ke arah masa depan yang lebih selamat, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran teknologi.   PERJASA: Connecting People, Technology & Innovation.
Info Lanjut
14 Ogos 2026
Urusetia PERJASA
KUNJUNGAN HORMAT PERJASA SESI 2026–2028 KE JDN
Pada 14 Ogos 2026, barisan kepimpinan baharu Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) Sesi 2026–2028 yang diketuai oleh Presidennya, YBrs. Encik Razale bin Ibrahim, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Digital Negara (JDN). Pertemuan ini merupakan langkah awal untuk memperkenalkan kepimpinan baharu, mengeratkan rangkaian strategik, serta membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh kompetensi, merancakkan inovasi, dan memacu pembangunan profesionalisme warga sektor awam. Pihak PERJASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JDN atas penerimaan kunjungan dan perbincangan yang amat positif tersebut. Menerusi jalinan kolaborasi ini, PERJASA menzahirkan komitmen untuk terus memberikan sokongan penuh kepada JDN dalam memacu agenda pendigitalan sektor awam yang lebih berdaya saing, dengan harapan usaha sama ini membawa manfaat besar kepada seluruh ekosistem perkhidmatan awam negara.
Info Lanjut
25 Jun 2026
Biro Prihatin & Cakna
PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT PERJASA
Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat PERJASA merupakan inisiatif kerohanian yang dilaksanakan secara dalam talian khusus untuk semua ahli, bersempena meraikan sambutan tahun baharu Maal Hijrah. Ia bertujuan mengeratkan ukhuwah di samping memohon keberkatan, kesejahteraan, dan perlindungan buat setiap ahli serta kelancaran urusan persatuan. Menerusi pertemuan maya ini, ahli-ahli akan berhimpun untuk membaca surah Yasin dan doa selamat secara berjemaah. Pengisian ini bukan sahaja diharap dapat menyuntik ketenangan rohani, malah turut mendoakan kesembuhan buat warga PERJASA yang sedang diuji masalah kesihatan, serta memohon kebaikan berterusan bagi seluruh keluarga besar persatuan.
Info Lanjut
14 Jun 2026
Biro Komunikasi Digital
TAHNIAH : KP JDN RANGKUL ANUGERAH WOMEN IN TECHNOLOGY LEADERSHIP
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, YBrs. Ts. Nik Zalbiha Binti Nik Mat, atas kejayaan cemerlang beliau merangkul Women in Technology Leadership Award di DCCI Awards baru-baru ini. Pengiktirafan yang amat bermakna ini menzahirkan kepimpinan beliau yang luar biasa dalam memacu transformasi digital negara, sekali gus menjadi kebanggaan dan sumber inspirasi kepada seluruh warga PTM untuk terus menyemarakkan inovasi dalam perkhidmatan awam. Bagi menyokong hasrat memartabatkan profesion ini, PERJASA mengalu-alukan warga PTM yang belum mendaftar untuk segera menyertai persatuan pada hari ini demi memperkukuh kesatuan komuniti kita. Ayuh kekal berhubung dan ikuti perkembangan terkini serta pelbagai aktiviti menarik kami menerusi saluran media sosial rasmi PERJASA.
Info Lanjut
14 Mei 2026
Biro Prihatin & Cakna
PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT PERJASA
Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat PERJASA merupakan inisiatif kerohanian yang dilaksanakan secara dalam talian khusus untuk semua ahli. Ia bertujuan mengeratkan ukhuwah di samping memohon keberkatan, kesejahteraan, dan perlindungan buat setiap ahli serta kelancaran urusan persatuan. Menerusi pertemuan maya ini, ahli-ahli akan berhimpun untuk membaca surah Yasin dan doa selamat secara berjemaah. Pengisian ini diharap dapat menyuntik ketenangan rohani serta mendoakan kebaikan dan kejayaan berterusan bagi seluruh warga PERJASA di mana jua mereka berada.
Info Lanjut
14 Mei 2026
Biro Komunikasi Digital
PTM Terima Anugerah
PERJASA mengucapkan tahniah kepada Ts. Dr. Sheila Mahalingam, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengupayaan Digital, Kementerian Digital, atas pengiktirafan dan penerima Cloud Transformation Excellence Award sempena DCCI Awards 2026 – Malaysia.   Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan cemerlang dan dedikasi beliau dalam memacu transformasi awan yang menyokong agenda pendigitalan negara.   Semoga terus cemerlang dalam memacu mentransformasikan perkhidmatan digital negara.
Info Lanjut
13 Mei 2026
Urusetia PERJASA
MESYUARAT AJK PERJASA BIL. 2/2026
Mesyuarat AJK PERJASA Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan penglibatan semua AJK baharu PERJASA bagi sesi 2026 selama 3 jam secara Online pada 13 Mei 2026. Pelbagai perancangan dan idea menarik telah dibentangkan oleh setiap biro untuk pelaksanaan program sepanjang tahun 2026. Banyak inisiatif baharu sedang dirangka demi memperkukuh komuniti Juruanalisa Sistem Sektor Awam Malaysia. Insya-Allah tahun 2026 bakal tampil lebih aktif, lebih bermanfaat dan lebih dekat dengan ahli. Nantikan pengumuman program, aktiviti dan kolaborasi PERJASA yang akan datang.
Info Lanjut
24 Apr 2026
Biro Komunikasi Digital
PTM Terima Anugerah
PERJASA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan PTM kita, Ts. Dr. Nurul Aisyah Sim Abdullah (Pengarah di National Cyber Security Agency - NACSA) atas kejayaan merangkul Women in Technology Leadership Award di DT Excellence Awards baru-baru ini!   Pencapaian cemerlang ini pastinya menjadi kebanggaan dan inspirasi buat seluruh warga PTM. Teruskan kecemerlangan!   Sokong PERJASA, Martabatkan Profesion Kita! Belum mendaftar? Jom sertainya dan jadi ahli PERJASA hari ini untuk memperkukuhkan lagi komuniti PTM kita.
Info Lanjut
21 Apr 2026
Urusetia PERJASA
MESYUARAT AJK PERJASA BIL. 1/2026
Mesyuarat AJK PERJASA Sesi 2026/2028 Bil. 1/2026 yang telah bersidang pada 21 April 2026 telah membentangkan perlembagaan persatuan untuk kefahaman semua Ahli Jawatankuasa (AJK) serta mengesahkan senarai AJK baharu bersama pelantikan 5 AJK tambahan dan barisan biro bagi sesi 2026/2028. Selain itu, mesyuarat turut meluluskan perancangan aktiviti persatuan serta meneliti dan membincangkan kertas cadangan berkaitan penyelenggaraan Sistem SiAPER bagi memastikan kelancaran operasi persatuan pada masa hadapan.
Info Lanjut
08 Apr 2026
Urusetia PERJASA
SESI TECHNOLOGY UPDATE, AGM KE-27 DAN JAMUAN RAYA PERJASA 2026
Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) telah berjaya menganjurkan Sesi Technology Update dan Mesyuarat Agung PERJASA Kali Ke-27 pada 8 April 2026 yang lalu bertempat di Dewan Armada, Marina Putrajaya. Program padat ini dimulakan dengan sesi perkongsian teknologi hasil kolaborasi strategik bersama Google Cloud yang memfokuskan kepada inovasi kecerdasan buatan (AI) serta keselamatan awan dalam sektor awam, sebelum diteruskan dengan kelancaran agenda rasmi mesyuarat agung. Usai sesi mesyuarat, kemeriahan acara diserikan lagi dengan Majlis Jamuan Raya PERJASA 2026 bertempat di Bora Ombak, di mana para peserta hadir bergaya bertepatan dengan tema busana Baju Raya. Selain menjadi platform meriah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli, majlis perjumpaan ini turut diceriakan dengan penyampaian cenderamata dan hadiah cabutan bertuah istimewa kepada 250 orang pendaftar terawal.
Info Lanjut
10 - 11 Feb 2026
Biro Komunikasi Digital
BENGKEL PEMBANGUNAN PELAN KERJAYA DAN KOMPETENSI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT 2026 - 2030
Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA), Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat 2026–2030 pada 10–11 Februari 2026 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Bengkel ini melibatkan 50 pegawai terdiri daripada Perunding ICT, Pengurus ICT Kementerian, wakil persatuan dan kesatuan Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Wakil Persatuan dan Kesatuan Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Juruanalisa Sistem (PERJASA), Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KPPTM) dan Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU) serta pegawai JDN. Program dirasmikan oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah II JDN, Encik Mohd Zamri bin Selamat, dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Azlinda binti Mohd Jan. Bengkel ini bertujuan merangka Pelan Kerjaya dan Kompetensi Perkhidmatan Sistem Maklumat bagi tempoh lima tahun secara lebih jelas, tersusun dan komprehensif, selari dengan mandat baharu JDN yang meliputi penambahbaikan tatakelola ICT, pengukuhan GovTech, keperluan NCII serta peranan kawal selia data yang semakin mencabar dan dinamik.Perbincangan turut memfokuskan hala tuju pembangunan modal insan digital, Rancangan Pendigitalan Sektor Awam 2026–2030 serta perkongsian amalan terbaik pembangunan kerjaya dan kompetensi bagi klasifikasi perkhidmatan Jurutera.  Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan bengkel ini!
Info Lanjut
01 Jun 2025
Biro Kesejahteraan & Gaya Hidup
Fiesta Boling PERJASA 2025
  1 Jun 2025 (Ahad) Wangsa Bowl IOI Putrajaya 9 pagi – 1 petang Penyertaan : 18 Team Ahli PERJASA 54 Bowler Ahli PERJASA 11 Individu Pesara PTM 1 Team Rakan Strategik Sangfor Technologies Malaysia   Berkumpulan Strike Out - 1366 Timur Rangers - 1303 Nudibranch Strike - 1262 Bola Itu Bulat - 1195 Inchigo - 1161 Lost & Found - 1155 Dynastrike - 1143 Munnar - 1095 Sparehunter Gen 3 - 1045 Broken Arrow - 1025   Hadiah : 1 - 3 : Piala, Hamper & Wang Tunai 4 - 10 : Wang Tunai   Individu Lelaki Ahli PERJASA Radi Mohammad - 501 Amiza Mohammad - 490 Syamsul Iskandar - 477 Hadiah : 1 - 3 : Piala, Hamper & Wang Tunai   Individu Perempuan Ahli PERJASA Azlinda Mat Sanin - 498 Suziane Haslinda - 442 Asnida Abu Bakar - 424 Hadiah : 1 - 3 : Piala & Wang Tunai   Pesara PTM Azmi Yusof - 498 Md Anuar Bidin - 491 Mohd Samsuri - 481 Hadiah : 1 - 3 : Piala & Wang Tunai   High Game Azlinda Mat Sanin - 197   Hadiah Khas Lane Paling Meriah : Lane Pn Hani, Pn Ria & Pn Sapura Individu Terpilih : Pn Rosnita Hadiah : Hamper   TERIMA KASIH kepada semua Ahli PERJASA, Pesara PTM & Rakan Strategik yang jayakan program kali ni! Mohon maaf atas salah silap & kekurangan pihak urusetia. Moga ukhuwah & semangat kekal berpanjangan. Jumpa lagi di program akan datang!
Info Lanjut
13 - 27 Mei 2025
Biro Kesejahteraan & Gaya Hidup
Team PERJASAbot dalam Cabaran Langkah Sihat Putrajaya 2025
Tahniah & Syabas kepada Team PERJASAbot!   PERJASA dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan gemilang Team PERJASAbot dalam Cabaran Langkah Sihat Putrajaya 2025 (13–27 Mei 2025). Pencapaian Membanggakan: Sasaran Emas: 350 point Pencapaian Akhir: 440 point 10,000 langkah sehari konsisten 25 ahli lengkap 15/15 hari 1 ahli lengkap 14/15 hari 3 ahli lengkap 13/15 hari 1 ahli lengkap 12/15 hari Ranking Kumpulan: 40/620   Dengan pencapaian hebat ini, PERJASAbot berjaya menyumbang 1 pingat Emas kepada Kementerian Digital, sekaligus mengharumkan nama kementerian dalam cabaran peringkat Putrajaya.   Seperti kata Eliud Kipchoge, lagenda marathon dunia: “Only the disciplined ones are free.” Semangat disiplin dan kerjasama inilah yang membawa PERJASAbot melangkah jauh, bukan sekadar mengejar angka, tetapi membina budaya sihat dan pasukan yang luar biasa.   Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga PERJASA!   Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua ahli untuk terus aktif, sihat, dan cemerlang di masa depan. Kita bukan sekadar melangkah, kita mencipta sejarah!
Info Lanjut

Momen PERJASA

Lensa kami merakamkan segalanya kemeriahan aktiviti komuniti, manfaat program teknikal, dan indahnya ikatan persaudaraan sesama warga Skim F.

Legasi Kepimpinan

Jasa mereka, nadi persatuan. Kenali barisan pemimpin hebat yang telah lama mencurahkan bakti dan mengemudi kecemerlangan PERJASA sejak awal penubuhan.

Presiden: Raja Malik bin Raja Mohamed
Naib Presiden: Tiada Rekod
Setiausaha: Encik Mohd Isa Nik
Bendahari: Tiada Rekod
Ahli Jawatankuasa:

Tiada Rekod

Presiden: Tiada Rekod
Naib Presiden: Tiada Rekod
Setiausaha: Tiada Rekod
Bendahari: Tiada Rekod
Ahli Jawatankuasa:

Tiada Rekod

Presiden: Mior Sharifudin bin M. Shaharudin
Naib Presiden: Syed Mohamed bin Syed Hussein
Setiausaha: Mohmed Rosli bin Saad
Bendahari: Mohd Azmi bin Wan Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa:

AJK

  • Abu Sujak bin Ikhsan

  • Azizah bt. Manan

  • Bong Yong Kim

  • Huan Kwee Chai

  • Jaafar bin Jamaan

  • Mohd Adani b Hj. Ahmad

  • Norhamimah bt. Ibrahim

  • Raja Norzihan bt. Raja Mohsin

  • Ramli bin Yaacob

  • Sazali bin Idris

Presiden: Syed Mohamed bin Syed Hussein
Naib Presiden: Mokhtar bin Mohd Yusoff
Setiausaha: Ahmad Amin bin Esa
Bendahari: Mohd Azmi bin Wan Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Jaafar bin Jamaan

    • Kamaruddin bin Keling

    • Mohd Adani b Hj. Ahmad

    • Mohd Noor bin Hassan

    • Mohmed Rosli bin Saad

    • Norhamimah bt. Ibrahim

    • Raja Norzihan bt. Raja Mohsin

    • Ramli bin Yaacob

    • Sabri bin Omar

    • Wan Mohd Rosdi bin Wan Dolah

  • Pemeriksa Kira-Kira : Muhamad bin Ali

Presiden: Syed Mohamed bin Syed Hussein
Naib Presiden: Ibrahim bin Shamsudin
Setiausaha: Abdul Ghani bin Botok
Bendahari: Kamaruddin bin Keling
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Gayah Bte Gulam Haidar

    • Jaafar bin Jamaan

    • Jamaluddin b Mohd Syed

    • Lim Chen Yam

    • Marsineh bte. Jarmin

    • Mohd Adani b Hj. Ahmad

    • Muhamad bin Ali

    • Norhamimah bt. Ibrahim

    • Raja Norzihan bt. Raja Mohsin

    • Wan Mohd Rosdi bin Wan Dolah

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Abu Sujak bin Ikhsan

    • Zaharah bt. Ab Rashid

Presiden: Syed Mohamed bin Syed Hussein
Naib Presiden: Shamsiah bte. Ramli Jalani
Setiausaha: Muhamad bin Ali
Bendahari: Kamaruddin bin Keling
Ahli Jawatankuasa:
  • Penolong Setiausaha : Azlina Bte Azman
  • AJK

    • Abdul Ghani bin Botok

    • Ammad Damanhuri

    • Fadzilah bte. Khalid

    • Gayah Bte Gulam Haidar

    • Jaafar bin Jamaan

    • Lim Chen Yam

    • Marsineh bte. Jarmin

    • Mohd Nawi b. Che Abd Rahman

    • Raja Norzihan bt. Raja Mohsin

    • Shahimi bin Abdan

    • Soraya bte. Kurup @ Omar

    • Wan Mohd Rosdi bin Wan Dolah

Presiden: Raja Malik bin Raja Mohamed
Naib Presiden: Marsineh bte. Jarmin
Setiausaha: Hasib bin Mansur
Bendahari: Kamaruddin bin Keling
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Ab Rashid bin Ab Rahim

    • Shahimi bin Abdan

    • Wan Mohd Rosdi bin Wan Dolah

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Lim Chen Yam

    • Syed Mohamed bin Syed Hussein

Presiden: Raja Malik bin Raja Mohamed
Naib Presiden: (Tiada rekod)
Setiausaha: Hj. Rosli Saad
Bendahari: Kamaruddin bin Keling
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Ab Rashid bin Ab Rahim

    • Azuddin bin Abd Rahman

    • Jaafar bin Jamaan

    • Mohd Adani b Hj. Ahmad

    • Mohmed Rosli bin Saad

    • Ngaini

    • Sabri bin Omar

  • Pemeriksa Kira-Kira : Syed Mohamed bin Syed Hussein

Presiden: Dr. Mazlan Haron
Naib Presiden: Sabri Bin Omar
Setiausaha: Tiada Rekod
Bendahari: Mohmed Rosli Saad
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK :
    • Dr. Azizah Ariffin
    • Marsineh Jarmin
    • Siti Norbayah
    • Ahmad Bin Osman
    • Mohd.Sahar Bin Md.Noor
    • Azuddin Bin Abdul Rahman
    • Muhamad Bin Ali
  • Pemeriksa Kira-Kira:    
    • Mashitah binti Abdul Manan
    • Hasnah Suhaimi

Presiden: Sabri bin Omar
Naib Presiden: Tn Hj Mohmed Rosli Saad
Setiausaha: (Tiada rekod)
Bendahari: (Tiada rekod)
Ahli Jawatankuasa:
  • Penasihat

    • Dr. Raja Malik Raja Mohamed

    • Syed Muhamed Syed Hussain

  • AJK

    • Siti Norbaya bte Shaharul Anwar

    • Wan Roshidah bte Wan Ismail

    • Ismail bin Che Ani

    • Fairuz Affandi bin Abdul Aziz

    • Zahari bin Othman

    • Norhayati bte Abdullah

    • Nizalene Deliza bin Husaini

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Jaafar bin Jamaan

    • Sudin bin Abdul Rahman

Presiden: Wan Mohd Rosdi bin Wan Dollah
Naib Presiden: Mohamed Adani bin Hj Ahmad
Setiausaha: Noorainee bt. Mahmood
Bendahari: Yaacob bin Yusof
Ahli Jawatankuasa:
  • Pen. Bendahari : Mohd Rashidan bin Abd Rahim
  • AJK :
    • Mohd Puad bin Zainal Abidin
    • Bustamin bin Ahmad
    • Nor Rashidah Mohd Nor
    • Razale bin Ibrahim
    • Siti Zaileha bt. A. Salam
    • Noorjan bt Mohd Mustapha
    • Zainab bt. Mohamed Shah
    • Mohd Amir Bin Mohd Azir
    • Abdul Latiff bin Ahmad Zainuri
    • Fara bt Jamal
    • Siti Nor Asidah bt. Juri
  • Pemeriksa Kira-Kira :
    • Ruzila bt. Jusoh
    • Wan Azlin Zurita bt. Wan Ahmad

Presiden: Dato’ Mohd. Rosli bin Saad
Naib Presiden: Azlina binti Azman
Setiausaha: Siti Norbaya binti Shaharul Anwar
Bendahari: Masitah binti Abd Kadir
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK :
    • Dr. William Voon
    • Muhamad Apian bin Saidin
    • Ruzila binti Jusoh
    • Abdul Latiff bin Ahmad Zainuri
    • Salmiza binti Shahriman
    • Noor Hasliza binti Mohd Hassan
    • Khairul Azrin bin Khairuddin
    • Bustamin bin Ahmad
    • Noorainee binti Mahmood
    • Adi Azlan bin Mohd Ali
    • Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

Presiden: Azlina binti Azman
Naib Presiden: Nor Sukri bin Ismail
Setiausaha: Salmiza binti Shahriman
Bendahari: Masitah binti Abd Kadir
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Razale bin Ibrahim

    • Hashim bin Ab. Rahman

    • Chua Swee Suan

    • Ruzila binti Jusoh

    • Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

    • Rahayu binti Shafie

    • Rozila binti Megat Othman

    • Saiful Bahari bin Mohd Sabtu

  • Pemeriksa Kira-Kira : (Tiada rekod)

  • Timbalan Setiausaha : Khairul Azrin bin Khairudin

Presiden: Azlina binti Azman
Naib Presiden: Nor Shukri bin Ismail
Setiausaha: Salmiza binti Shahriman
Bendahari: Masitah binti Abd Kadir
Ahli Jawatankuasa:
  • Penasihat : YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah Mohd Zahri
  • AJK

    • Encik Hashim bin Abdul Rahman

    • Encik Razale bin Ibrahim

    • Puan Chua Swee Suan

    • Puan Ruzila binti Jusoh

    • Puan Rahayu binti Shafie

    • Encik Khairul Azrin bin Khairuddin

    • En Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

    • Encik Syahmi bin Yusop

    • Encik Ummar bin Yusoff

    • Puan Hazliana bt Talha

    • Puan Estia Amy Nyopieh

    • Encik Badrulhisham Bin Baharuddin

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Puan Rozila bt Megat Othman

    • Encik Saiful Bahari bin Mohd Sabtu

Presiden: Azlina binti Azman
Naib Presiden: Zakaria Deraman
Setiausaha: Salmiza binti Shahriman
Bendahari: Azizah binti Sunar
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Mohd Naim Mohd Ibrahim

    • Felicia Chua Swee Suan

    • Hazliana Talha

    • Estia Amy Nyopieh

    • Noor Hasliza Mohd Hassan

    • Adi Azlan Mohd Ali

    • Mohamed Hairul Othman

    • All Imran Mohd Nor

    • Syahmi Yusop

    • Haini Syariah Mohamed Zan

    • Nor Rashidah Mohd Nor

    • Dr. Dolly Amy Harold

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Razale Ibrahim

    • Khairunsaadah Md Sani

Presiden: Tuan Haji Ahmad bin Osman
Naib Presiden: Dr. Nor’Ashikin binti Ujang
Setiausaha: Puan Felicia Chua Swee Suan
Bendahari: Cik Hazliana bt Talha
Ahli Jawatankuasa:
  • Penolong Setiausaha : Puan Razita binti Omar
  • AJK

    • Ts. Dr. Jayaletchumi T.S.Moorthy

    • Encik Luqman bin Subki

    • Ts. Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

    • Ts. Adi Azlan bin Mohd Ali

    • Dr. Nur Azaliah binti Abu Bakar

    • Ts. Mohamed Hairul bin Othman

    • Encik Razale bin Ibrahim

    • Encik Mohd Safuan bin Elias

    • Puan Wan Amishah binti Wan Mahmud

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Puan Mazilah binti Mohamad Amin

    • Encik Hariadi bin Hinta

Presiden: Datuk Mohd Danial bin Ma'alip
Naib Presiden: Razale bin Ibrahim
Setiausaha: Suhaili binti Abdullah
Bendahari: Rini Yudesia bt Naswir
Ahli Jawatankuasa:

·         Penasihat: Encik Azih b Yusof

·         Penolong Bendahari : Puan Lindamaswana binti Masbahon

·         Penolong Bendahari: Ahmad Nur Misuari b Yahya

·         AJK

o   Farid Iqbal bin Ibrahim (Biro Kebajikan)

o   Ahmad Nur Misuari b Yahya (Biro Kebajikan)

o   Muzamir bin Mokhtar (Biro Promosi)

o   Syamsul Iskandar bin Shamsuddin (Biro Promosi)

o   Nor Irfhan bin Nor Azman (Biro Promosi)

o   Mazwin bt Muhamad Yusof (Biro Kolaborasi Strategik)

o   Mohd Naim bin Mohd Ibrahim (Biro Kolaborasi Strategik)

o   Dorahasra binti Ramli (Biro Sukan Rekreasi)

o   Wan Nazirul Hafeez bin Wan Safie (Biro Sukan Rekreasi)

o   Mohd. Fairuz bin Mohd Yusof (Biro Ekonomi)

o   Wan Amishah binti Wan Mahmud (Biro Ekonomi)

o   Mohd Firdaus bin Mohamed Khairi (Biro Profesionalisme)

·         Pemeriksa Kira-Kira:

o   Cik Mazwin bt Muhamad Yusof

o   Encik Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

Presiden: Hanissull Jalis binti Md Yusof
Naib Presiden: Ts. Adi Azlan bin Mohd Ali
Setiausaha: Chua Swee Suan
Bendahari: Ts. Rini Yudesia binti Naswir
Ahli Jawatankuasa:
  • AJK

    • Ts. Mohd Naim bin Mohd Ibrahim (Biro Profesionalisme)

    • Ts. Muzamir bin Mokhtar (Biro Profesionalisme)

    • Dorahasra binti Ramli (Biro Publisiti)

    • Ts. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof (Biro Ekonomi)

    • Ts. Lindamaswana binti Masbahon (Biro Kebajikan)

    • Ts. Mazwin binti Muhamad Yusof (Biro Kolaborasi Strategik)

    • Ts. Masrulehsan bin Mamat (Biro Kolaborasi Strategik)

    • Ts. Zulhilmi bin Che Azizan (Biro Sukan & Rekreasi)

    • Ts. Roshaimieza binti Mat Adam (Biro Ekonomi)

    • Ts. Farid Iqbal bin Ibrahim (Biro Publisiti)

    • Ts. Hariadi Hinta (Biro Profesionalisme)

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Ts. Dr. Mohd Farizul Mat Ghani

    • Maizatul Sheela binti Mohamad

Presiden: Mohd Zamri bin Selamat
Naib Presiden: Ts. Dr Mohamed Hairul bin Othman
Setiausaha: Ts. Mazwin binti Muhamad Yusof
Bendahari: Ts. Rini Yudesia binti Naswir
Ahli Jawatankuasa:
  • Penolong Setiausaha : Ts. Lindamaswana binti Mashabon
  • AJK

    • Ts. Mohd Naim bin Mohd Ibrahim (Biro Kolaborasi Strategik)

    • Ts. Rizman bin Yusam (Biro Kolaborasi Strategik)

    • Ts. Muzamir bin Mokhtar (Biro Sukan dan Rekreasi)

    • Mohd Zulkifli bin Mahmood (Biro Sukan dan Rekreasi)

    • Dorahasra binti Ramli (Biro Ekonomi)

    • Ts. Mohd Fairuz bin Mohd Yusof (Biro Ekonomi)

    • Ts. Farid Iqbal bin Ibrahim (Biro Kebajikan)

    • Dr. Noor Hasliza binti Mohd Hassan (Biro Kebajikan)

    • Ts. Dr. Mohd Farizul Mat Ghani (Biro Profesionalisme)

    • Ts. Dr. Azran bin Haji Ahmad (Biro Profesionalisme)

    • Ts. Finlayson Anak Ludan (Biro Publisiti)

    • Roziyana binti Che Othman (Biro Publisiti)

  • Pemeriksa Kira-Kira

    • Razale bin Ibrahim

    • Ts. Juliana binti Jamil

Soalan Lazim (FAQ)

Ada kemusykilan? Dapatkan jawapan pantas dan pencerahan segera bagi semua persoalan umum yang sering bermain di fikiran anda.

Keahlian terbuka kepada semua Juruanalisa Sistem. Mereka yang berkhidmat di dalam Sektor Awam (termasuk Jabatan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan) layak mendaftar sebagai Ahli Biasa. Manakala, Juruanalisa Sistem di sektor swasta layak menyertai sebagai Ahli Bersekutu.

Ahli Biasa mempunyai keistimewaan serta hak penuh untuk mengundi dan diundi dalam pemilihan Jawatankuasa. Ahli Bersekutu pula dialu-alukan menyertai mana-mana aktiviti persatuan, namun tiada hak untuk mengundi atau diundi.

Ya, terdapat Ahli Kehormat. Status Ahli Kehormat dianugerahkan oleh Jawatankuasa kepada sesiapa sahaja yang dianggap telah berjasa kepada persatuan. Mereka tidak dikenakan bayaran yuran dan mendapat kemudahan seperti ahli lain, tetapi tidak layak mengundi, diundi, mahupun menjadi Ahli Jawatankuasa.

Tidak. Berdasarkan undang-undang pertubuhan, PERJASA dan ahli-ahlinya dilarang sama sekali daripada mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja sepertimana yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

Tahun kewangan bagi persatuan ini bermula pada 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember pada tahun yang sama.

Ya, bagi melicinkan lagi perjalanan persatuan, Jawatankuasa akan memilih wakil untuk setiap Jabatan Sektor Awam. Mereka ini boleh dijemput untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa, namun mereka tidak berhak untuk mengundi di dalam mesyuarat tersebut.

Perjalanan persatuan ini dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa yang mengandungi seorang Presiden, seorang Naib Presiden, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, serta dua belas (12) orang Ahli Jawatankuasa Biasa. Kesemua ahli Jawatankuasa yang mentadbir ini mestilah berstatus warganegara Malaysia.

Ya, kehadiran boleh dibuat secara proksi di mana kehadiran anda diwakilkan kepada ahli yang hadir berserta dengan alasan bertulis. Walau bagaimanapun, setiap seorang ahli yang hadir hanya dibenarkan membawa satu (1) proksi sahaja untuk membuat keputusan.

Boleh. Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dijalankan atas permintaan ramai ahli secara bertulis. Syaratnya ialah jumlah permohonan tersebut mestilah tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah keseluruhan ahli yang layak mengundi, berserta penerangan sebab dan tujuannya yang jelas.

Mesyuarat Agung akan diadakan setahun sekali, di mana ia akan dipanggil dalam masa tiga (3) bulan selepas penutupan tahun kewangan. Pemilihan pucuk pimpinan (Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Biasa) pula akan dibuat pada Mesyuarat Agung dua (2) tahun sekali.

Ya. Mana-mana ahli yang telah dilucutkan keahliannya boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pelucutan tersebut. Keputusan pemecatan ini boleh dibatalkan melalui Mesyuarat Agung sekiranya mendapat sokongan tiga perempat (3/4) daripada ahli-ahli yang hadir.

Anda perlu memberi kenyataan bertulis sekurang-kurangnya dua (2) minggu terlebih awal kepada Setiausaha persatuan ([email protected]). Anda juga diwajibkan untuk membayar kesemua hutang-hutang tertunggak kepada persatuan, jika ada.

Setiap permohonan keahlian perlulah dicadang dan disokong oleh dua (2) orang ahli sedia ada. Permohonan tersebut kemudian akan dihantar kepada Setiausaha untuk dibentang dan diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Boleh memohon terus kepada Sistem SiAPER (https://ahli.perjasa.org.my)

Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10.00. Bagi yuran keahlian, ahli boleh memilih sama ada untuk membuat bayaran tahunan sebanyak RM24.00, ATAU membuat bayaran sekali gus sebanyak RM300.00. Struktur ini sama bagi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu.

Sekiranya yuran gagal dijelaskan selepas enam (6) bulan dari tempoh tahun kewangan tanpa penjelasan yang dapat diterima oleh Jawatankuasa, keahlian ahli tersebut boleh digantung atau dilucutkan.

Objektif utama PERJASA adalah untuk mengeratkan perhubungan dan meningkatkan kemahiran ahli, memastikan penggunaan tenaga kakitangan berkomputer yang optimum di sektor awam, menjaga kebajikan ahli, serta mengeratkan hubungan profesional dengan pihak luar yang berkaitan.

Sudah tentu. Ahli Biasa berhak diundi sebagai Ahli Jawatankuasa. Persatuan juga membenarkan penubuhan Jawatankuasa Kecil bagi melaksanakan tugas-tugas khusus, di mana ahli boleh menyumbang kepakaran dan buah fikiran mereka untuk melancarkan perjalanan aktiviti.

Ya, dokumen Undang-Undang PERJASA adalah terbuka sebagai rujukan utama yang memperincikan segala peraturan tadbir urus, had perbelanjaan, kuasa jawatankuasa, perlantikan pemeriksa kira-kira, serta hak mutlak setiap ahli persatuan.

Ahli dapat membina rangkaian (networking) profesional sesama pengamal IT Sektor Awam dan industri, memperoleh akses kepada program peningkatan kemahiran, serta memastikan kebajikan kerjaya terjaga melalui suara kolektif persatuan.

Status keahlian akan dikemaskini secara automatik mengikut skim perkhidmatan semasa. Jika anda bertukar dari Sektor Awam ke sektor swasta, keahlian bertukar kepada Ahli Bersekutu. Jika beralih semula dari swasta ke Sektor Awam, anda akan menjadi Ahli Biasa.

Sertai Komuniti Kami

Jom jadi sebahagian daripada komuniti kami! Daftar dengan mudah melalui portal berpusat Skim F dan buka peluang seluas-luasnya untuk jaringan strategik, manfaat eksklusif serta lonjakan kerjaya bersama PERJASA.

Syarat Keahlian
Keahlian bagi Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam Malaysia (PERJASA) terbahagi kepada tiga kategori utama beserta syarat permohonan dan yuran seperti berikut: 1. Ahli Biasa Terbuka kepada semua Juruanalisa Sistem (Skim F9 ke atas) yang sedang berkhidmat di dalam Sektor Awam. Ahli kategori ini diberikan hak untuk mengundi dan diundi. Mereka juga berhak mendapatkan segala kemudahan yang disediakan oleh persatuan. 2. Ahli Bersekutu Terbuka kepada semua Juruanalisa Sistem (Skim F9 ke atas) yang tidak lagi berkhidmat di Sektor Awam (termasuk pesara) atau jawatan yang setaraf dengannya di dalam sektor swasta. Ahli dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan, tetapi mereka tidak mempunyai hak untuk mengundi atau diundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa. Status keahlian akan bertukar secara automatik sekiranya ahli bertukar dari Sektor Awam ke sektor swasta (menjadi Ahli Bersekutu) atau sebaliknya (menjadi Ahli Biasa). 3. Ahli Kehormat Dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang dianggap oleh jawatankuasa telah berjasa kepada persatuan. Ahli Kehormat dikecualikan daripada bayaran yuran persatuan. Mereka berhak mendapat kemudahan persatuan tetapi tidak layak untuk mengundi, diundi, atau menjadi Ahli Jawatankuasa. Syarat Permohonan Keahlian Setiap permohonan untuk menjadi ahli mestilah dicadangkan dan disokong oleh dua (2) orang ahli PERJASA. Permohonan tersebut perlu dihantar mengikut tatacara ditetapkan bagi tujuan kelulusan. Jawatankuasa berhak mengikut budi bicaranya untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan sebab.
Info Lanjut
Struktur Yuran
Yuran bagi pendaftaran ahli baharu dan pembaharuan (renew) mengikut kategori keahlian : 1. Kategori: Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu Yuran yang dikenakan untuk kedua-dua kategori ini adalah sama. A. Pendaftaran Ahli Baharu Bagi ahli baharu, jumlah kiraan merangkumi bayaran pendaftaran beserta pilihan yuran keahlian. Pilihan Pembayaran Tahunan: Yuran Pendaftaran (RM10.00) + Yuran Tahunan (RM24.00) = RM34.00. Pilihan Pembayaran Sekali Gus (Seumur Hidup): Yuran Pendaftaran (RM10.00) + Yuran Sekali Gus (RM300.00) = RM310.00. B. Perbaharui Keahlian (Renew) Bagi ahli sedia ada, yuran pendaftaran tidak lagi dikenakan. Pembaharuan Tahunan: RM24.00. Bertukar kepada Pembayaran Sekali Gus: RM300.00. 2. Kategori: Ahli Kehormat Ahli-ahli Kehormat tidak akan dikenakan bayaran yuran.
Info Lanjut
Daftar Ahli Baru
Langkah 1: Mohon & Tunggu Kelulusan Isi borang permohonan dengan lengkap di Portal SIAPeR. AJK PERJASA akan membuat semakan dan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel kepada anda. Langkah 2: Buat Pembayaran (Jika Lulus) Buat bayaran mengikut kategori yang dinyatakan dalam e-mel kelulusan: RM34.00 (Pendaftaran & Tahunan) ATAU RM310.00 (Pendaftaran & Sekaligus) Pilihan Bayaran: CIMB: 8600 30 4469 (Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam); ATAU TNG eWallet: Imbas kod QR PERJASA atau klik pautan ini: http://bit.ly/QRPerjasaTNG Langkah 3: Hantar Bukti Bayaran Simpan resit atau screenshot bayaran yang memaparkan jumlah, tarikh dan nombor rujukan dengan jelas. E-melkan bukti tersebut kepada [email protected] DAN [email protected]. Langkah 4: Pengesahan & Kemas Kini Profil Setelah bendahari mengesahkan bayaran, anda akan menerima e-mel berisi Nombor Ahli dan arahan log masuk SIAPeR. Log masuk ke sistem, kemas kini profil anda, dan pendaftaran kini selesai!
Info Lanjut
Cara Baharui Yuran
1. Buat Pembayaran Lakukan pembayaran yuran mengikut kadar yang ditetapkan melalui salah satu pilihan berikut: Pindahan Bank (CIMB) Nama Akaun: Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam No. Akaun: 8600 30 4469 Touch 'n Go (TNG) eWallet Imbas kod QR PERJASA atau gunakan pautan rasmi ini: http://bit.ly/QRPerjasaTNG 2. Simpan Bukti Bayaran Selepas transaksi berjaya, simpan resit atau tangkap layar (screenshot). Pastikan bukti tersebut jelas dan wajib memaparkan 3 butiran utama ini untuk mengelakkan kelewatan pengesahan: Jumlah bayaran yang tepat Tarikh transaksi dilakukan Nombor rujukan transaksi (reference number) 3. Muat Naik di SIAPeR Log masuk ke akaun portal SIAPeR anda menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan. Pergi ke bahagian pembaharuan yuran dan muat naik bukti bayaran yang telah disimpan tadi ke dalam sistem. 4. Pengesahan Bendahari Bendahari PERJASA akan membuat semakan silang terhadap bukti yang dimuat naik. Apabila bayaran berjaya disahkan penerimaannya, anda akan menerima makluman pengesahan terus melalui paparan sistem SIAPeR ataupun e-mel.
Info Lanjut
Kelebihan SiAPER
Sebagai ahli PERJASA, portal SIAPeR menyediakan pelbagai kemudahan bersepadu: Semakan Status: Anda boleh membuat semakan pantas untuk melihat status pengesahan keahlian (Nombor Ahli dan Emel Daftar), serta menyemak maklumat terkini bayaran yuran. Akses Papan Pemuka: Menyemak dashboard maklumat kewangan PERJASA serta dashboard maklumat ahli. Pengurusan Profil: Mengemas kini maklumat profil peribadi dan kerjaya secara kendiri. Interaksi & Hebahan: Memberi maklum balas terus kepada AJK PERJASA dan melihat paparan sambutan hari lahir ahli pada hari berkenaan.
Info Lanjut

Saluran Rasmi

Kekal terhubung bersama kami dan dapatkan maklumat langsung mengenai pelbagai hebahan serta perkembangan terkini program.

Peti Idea Ahli

Ada cadangan aktiviti menarik atau isu teknikal untuk dibawa oleh persatuan? Hantar pandangan anda terus kepada AJK PERJASA.

Carian Portal

PERJASA AI Bot