Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

1. Daftar

Apakah Syarat Utama anda perlu tahu untuk menjadi Ahli PERJASA?
Anda adalah Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F41 ke atas dan masih berkhidmat dalam Sektor Awam, Anda membuat pembayaran Yuran Keahlian PERJASA kali pertama sebanyak RM34.00 (Yuran Tahunan : RM24 + Pendaftaran : RM10) atau Yuran Keahlian Sekaligus sebanyak RM310.00 (Yuran Sekaligus: RM300 + Pendaftaran : RM10)

Saya bukan PTM dan tidak berkhidmat dalam Sektor Awam, boleh saya jadi Ahli PERJASA?
Ya boleh. Sekiranya anda bukan PTM tetapi berminat untuk mendaftar sebagai Ahli PERJASA, pendaftaran anda dikira sebagai Ahli Bersekutu dan perlu emelkan hasrat tersebut kepada [email protected]

Saya bekas PTM serta juga bekas Ahli PERJASA yang telah pencen atau keluar dari sektor awam, perlukah saya bayar Yuran Keahlian Tahunan PERJASA?
Terima kasih kepada anda selaku bekas Ahli PERJASA. Namun anda tidak lagi perlu buat bayaran Yuran Keahlian Tahunan tersebut.

Apakah kelebihan sebagai Ahli PERJASA?
Bagi pendaftaran sebagai Ahli Biasa, anda layak mengundi AJK baharu dalam AGM PERJASA dan diundi sebagai calon AJK PERJASA dengan mematuhi syarat AGM PERJASA yang telah ditetapkan. Anda juga layak bagi menerima semua kemudahan diperuntukkan untuk Ahli PERJASA melalui pelbagai aktiviti menarik khusus kepada Ahli PERJASA sahaja. 

Bagaimana saya nak mendaftar keahlian PERJASA?
Pendaftaran keahlian hendaklah dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Keahlian PERJASA. Boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.

Bagaimana saya nak buat bayaran Yuran Keahlian PERJASA Kali Pertama?
Terdapat dua (2) kaedah perkhidmatan bayaran Yuran keahlian PERJASA yang disediakan pada masa kini iaitu Online Fund Transfer (FPX/ATM/DuitNow) dan Penggunaan Touch ‘n Go eWallet. Tatacaranya adalah seperti berikut:

Online Fund Transfer :

  1. Bayaran hendaklah dibuat secara Online Fund Transfer (FPX/ATM/DuitNow) ke akaun bank CIMB atas nama Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam              (8600 30 4469). Simpan bukti pembayaran anda.
  2. Bagi tujuan pengesahan bayaran, bukti pembayaran hendaklah dimuat naik semasa membuat pendaftaran baharu keahlian PERJASA

Penggunaan Touch ‘n Go eWallet

  1. Buka Aplikasi Mobile TNG eWallet.  Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store dan Huawei AppGallery 
  2. Klik pada Scan untuk scan QR Code seperti gambar di bawah atau muat turun QR Code di : http://bit.ly/QRPerjasaTNG
  3. Masukkan jumlah pembayaran berkaitan (rujuk jumlah berkaitan pada perenggan atas) dan seterusnya nombor PIN anda.
  4. Screenshot bukti pembayaran dengan klik pada Transaction History. Seterusnya klik pada maklumat pembayaran berkaitan untuk dibuat screenshot menggunakan telefon masing-masing. Simpan bukti pembayaran anda.
  5. Bagi tujuan pengesahan bayaran, bukti pembayaran hendaklah dimuat naik semasa membuat pendaftaran baharu keahlian PERJASA.

Saya sudah daftar, buat bayaran dan muat naik ke dalam sistem pendaftaran keahlian PERJASA, selesaikah?
Nanti dulu…anda perlu satu langkah terakhir dan ianya WAJIB iaitu emelkan juga salinan bukti bayaran tadi kepada [email protected] dan [email protected].

Saya telah emelkan semua bukti pembayaran tersebut, kenapa saya tak boleh login ke Sistem Keahlian PERJASA untuk semak?
Ya betul. Anda tidak lagi boleh terus akses maklumat anda di dalam sistem. Ini kerana Bendahari PERJASA perlu mengesahkan bayaran anda dahulu dan seterusnya membenarkan akses kepada Sistem Keahlian PERJASA. Sila beri masa 3 hari bekerja untuk tempoh pengesahan tersebut dilaksanakan. Bendahari PERJASA akan balas emel anda. Jika telah lebih 3 hari masih belum terima maklum balas, sila emelkan aduan anda kepada [email protected].