Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

3. Semakan Keahlian

Setiap ahli PERJASA yang telah berdaftar boleh membuat semakan keahlian melaui Sistem Keahlian PERJASA di menu Login > Semak Status Keahlian.

Kaedahnya :

  1. Masukkan No Kad Pengenalan anda
  2. Klik butang Check (Jangan tekan Enter)
  3. Paparan di bawah akan dapat dilihat
  4. Sekiranya tidak wujud, maka anda perlu pergi ke langkah 1 untuk pendaftaran baharu keahlian PERJASA. 
  5. Namun sekiranya anda yakin anda adalah ahli PERJASA dan ada buktinya, sila emelkan kepada [email protected]

Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan maklumat atau operasi Sistem Keahlian PERJASA ini, bolehlah berhubung melalui emel kepada [email protected]. Pihak admin akan cuba menjawab dan membantu menyelesaikan masalah anda.

Anda juga boleh membuat semakan maklumat pembayaran yang telah dibuat bagi tahun sebelumnya, akses kepada semua dokumen berkaitan AGM PERJASA yang lepas, maklumat berkaitan Perlembagaan PERJASA dan juga pendaftaran bagi setiap kali AGM PERJASA .

Anda digalakkan untuk sentiasa kemaskini maklumat anda bagi sebarang perubahan terutama maklumat No. Telefon Bimbit, Alamat Emel Peribadi, Alamat Emel Rasmi, Gred Jawatan Semasa dan Maklumat Kementerian Semasa. Ini bagi memudahkan penyelarasan hebahan secara emel dibuat oleh AJK PERJASA bagi sebarang aktiviti pada masa akan datang.

Klik pada Link Semak Status Keahlian
Paparan Rekod Wujud