Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Latar Belakang PERJASA

Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) telah ditubuhkan pada 20 Oktober 1985 melalui Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan di INTAN, Jalan Ilmu. Seramai 76 orang Juruanalisa Sistem (JAS) telah hadir dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama tersebut. YM Raja Malek Raja Mohamed telah dipilih sebagai Presiden PERJASA yang pertama.

PERJASA telah diterima pendaftaran sebagai sebuah pertubuhan pada tahun 1986. Nama persatuan telah di tukar daripada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam, Kuala Lumpur (PERJASA) kepada Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam, Malaysia (PERJASA) pada 29 Disember 1994.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 2,267 orang Pegawai Teknologi Maklmumat (PTM) di dalam Sektor Awam dan hampir 80% daripadanya merupakan ahli PERJASA berdaftar.

PTM baharu boleh mendaftar dan menyemak pendaftaran melalui aplikasi web Ahli Perjasa > https://ahli.perjasa.org.my

PERJASA telah diiktiraf sebagai Persatuan Ikhtisas oleh Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam (KPPA) pada 30 Mei 2014.

Berikut adalah senarai mantan Presiden PERJASA :

1985/1986 – 1993/1995 : Dato’ Dr. Raja Malik Raja Mohamad

1986/1987 : En. Mior Sharifuddin Mior Shaharudin

1987/1993 – 1995/2002 : Tuan Syed Muhammad Syed Hussain

2002/2004 : Dr. Mazlan Harun

2004/2007 : Tn Hj Sabri Omar

2007/2009 : En. Wan Rosdi Wan Dollah

2009/2011 : Dato’ Hj Mohamed Rosli bin Saad

2011/2017 : Pn. Azlina bt Azman

2017/2019 : Encik Ahmad bin Osman

2020/2021 : Datuk Haji Mohd Danial bin Ma’alip

2021/2023 : Pn. Hanissull Jalis bt Md Yusof

2023/2025 : Encik Mohd Zamri bin Selamat