Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

PUBLIC SECTOR LEADERS’ INNOVATION EXCHANGE (PSLIX 2024)

PUBLIC SECTOR LEADERS’ INNOVATION EXCHANGE (PSLIX 2024)

HOTEL LE MERIDIEN PUTRAJAYA

23 APRIL 2024 (SELASA) | 8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

Sebagai usaha untuk melonjakkan keupayaan Malaysia dalam usaha merancakkan Kerajaan Digital, Ekonomi Digital dan Masyarakat Digital, Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) melalui kerjasama strategik dengan Amazon Web Services (AWS) Malaysia ingin menjemput YBhg. Dato’/Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan untuk menghadiri PUBLIC SECTOR LEADERS’ INNOVATION EXCHANGE (PSLIX 2024) pada 23 April 2024 bertempat di Hotel Le Meridien Putrajaya. Program ini akan dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

Amazon Web Services (AWS) merupakan salah satu Panel Penyedia Perkhidmatan Awan atau Cloud Service Provider (CSP) Sektor Awam Malaysia yang dilantik oleh Kerajaan melalui perjanjian kontrak panel berpusat Pengkomputeran Awan yang dikenali sebagai Cloud Framework Agreement (CFA). Seterusnya, pada bulan Mac 2023 AWS telah mengumumkan pembangunan AWS Region di Malaysia, dengan pelaburan bernilai US$6 bilion (RM25.5 bilion) sehingga 2037. Komitmen AWS ini merupakan pelaburan teknologi antarabangsa yang terbesar di Malaysia.  

Sertai PSLIX 2024 untuk mengetahui maklumat berkaitan cloud computing, artificial intelligence dan emerging technologies secara lebih mendalam ke arah pendigitalan penyampaian perkhidmatan agensi yang seiring dengan agenda Kerajaan Digital. Usaha transformasi, inovasi dan melaksanakan program digital dapat dilaksanakan secara lebih drastik dan agresif, merentas Kementerian dan agensi. Sektor Awam dan pihak industri perlu bergerak bersama-sama dengan meningkatkan libat urus dan ekosistem inovasi digital serta mengurangkan jurang teknologi antara satu sama lain.

PSLIX 2024 merupakan peluang untuk anda berinteraksi secara langsung dengan pakar-pakar yang dijemput khas daripada Amazon Web Services (AWS) dan industri digital. Sempena meraikan bulan Syawal yang mulia, PSLIX 2024 turut akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri AWS – PERJASA.

YBhg. Dato’/Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan dimohon untuk membuat pendaftaran awal dengan mengimbas kod QR PENDAFTARAN selewat-lewatnya pada 20 April 2024 (Sabtu). Penyertaan adalah terhad kepada 300 peserta sahaja akan terpilih bagi menyertai program ini. Sekiranya pendaftaran YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan berjaya, e-mel pengesahan akan dihantar. PERJASA dan AWS amat berbesar hati atas kehadiran YBhg. Dato’/Dr./Ts./Tc./Tuan/Puan untuk bersama menjayakan PSLIX 2024.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi [email protected]

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts