Objektif penubuhan PERJASA adalah seperti berikut :
- Mengeratkan perhubungan serta mempertingkatkan kemahiran ICT ahli-ahli persatuan;
- Mengerat serta mewujudkan kolaborasi positif di antara ahli dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pelaksanaan ICT;
- Berusaha memastikan penggunaan sepenuhnya semua penjawat awam Skim F secara umumnya dan F41 ke atas secara khususnya dalam Sektor Awam;
- Menjaga kebajikan semua ahli persatuan; dan
- Menjalankan lain-lain usaha bagi memastikan kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya terpelihara.