Berapakan jumlah Yuran Keahlian PERJASA bagi ahli baharu
Yuran Keahlian PERJASA bagi Ahli Baharu berjumlah RM34.00 (Pendaftaran RM10.00 + Yuran Tahunan RM24.00). Bagi Yuran Keahlian Sekaligus pula adalah berjumlah RM310.00 (Pendaftaran RM10.00 + Yuran Keahlian Sekaligus RM300.00).
Saya ahli PERJASA dan ingin bayar Yuran Keahlian Tahunan PERJASA, bagaimana kaedahnya?
- Login ke dalam sistem ahli PERJASA di https://ahli.perjasa.org.my.
- Klik Menu Payments. Anda dapat lihat paparan sejarah bayaran yuran keahlian anda.
- Kli button (+) untuk tambah rekod bayaran baharu.
- Klik button (✓) untuk sahkan muat naik rekod bayaran baharu. Sila rujuk tatacara membuat bayaran menggunakan kaedah Online Fund Transfer dan Touch n Go eWallet.
- Emelkan sesalinan bukti dokumen pembayaran yang telah dimuat naik ke dalam sistem ahli tadi kepada Bendahari PERJASA di emel [email protected] dan [email protected].
Berapakah jumlah Yuran Keahlian Tahunan PERJASA untuk tahun berikutnya?
Bagi tahun berikutnya, jumlah Yuran Keahlian Tahunan adalah sebanyak RM24.00 sahaja.
Saya terlupa nak bayar Yuran Keahlian Tahunan PERJASA untuk tahun-tahun sebelum, boleh bayar lagi ke?
Alhamdulillah… kecik tapak tangan, Stadium Nasional Bukit Jalil kami tadahkan. Kami sangat berbesar hati dengan tanggungjawab dan komitmen tuan/puan tersebut selaku ahli PERJASA yang bertanggungjawab.
Saya dah bayar Yuran Keahlian Tahunan PERJASA tiap tahun, sekarang rasa nak bayar Yuran Keahlian Sekaligus, berapa jumlahnya?
Terbaeklah. Jumlah Yuran Keahlian Sekaligus PERJASA kekal RM300.00 dan anda hanya perlu buat bayaran tersebut sekali sahaja. Selepas ini anda tidak perlu risau untuk buat bayaran Yuran Keahlian Tahunan lagi.
Yuran sebelum ni yang dah bayar, tak boleh ambil kira sebagai sebahagian Yuran Keahlian Sekaligus?
Maaf tak boleh. Mengikut perlembagaan PERJASA, Yuran Keahlian Tahunan adalah komitmen ahli kepada PERJASA setiap tahun dan wajib di selesaikan selagi masih menjadi ahli dan melayakkan untuk mendapat kelebihan selaku ahli PERJASA untuk pelbagai aktiviti anjuran persatuan. Sekiranya semasa mendaftar ahli baharu, anda membuat pilihan Yuran Keahlian Tahunan, ia tidak boleh diambil kira sebagai nilai terkumpul sebagai Yuran Keahlian Sekaligus. Yuran Keahlian Sekaligus adalah nilai lain yang membolehkan anda membuat bayaran Yuran Keahlian sehingga anda ingin berhenti menjadi ahli atau anda berhenti/pencen dari sektor awam.
Adakah setelah saya membuat bayaran Yuran Keahlian Sekaligus PERJASA masih perlu buat bayaran Yuran Keahlian Tahunan?
Tidak perlu lagi buat bayaran Yuran Keahlian Tahunan PERJASA. Anda dikira telah buat bayaran Yuran Keahlian Tahunan PERJASA secara kehadapan sehingga anda berhenti menjadi ahli atau berhenti/pencen dari sektor awam.
Pilihan Kaedah Bayaran Yuran Keahlian PERJASA adalah seperti berikut:
Online Fund Transfer :
- Bayaran dibuat secara Online Fund Transfer (FPX/ATM/DuitNow) ke akaun bank CIMB atas nama Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (8600 30 4469). Simpan bukti pembayaran anda.
- Bagi tujuan pengesahan bayaran, bukti resit pembayaran hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem Keahlian PERJASA (Menu Payments) seperti paparan di bawah :
Penggunaan Touch ‘n Go eWallet
- Buka Aplikasi Mobile TNG eWallet. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store dan Huawei AppGallery
- Klik pada Scan untuk scan QR Code seperti gambar di bawah atau muat turun QR Code di : http://bit.ly/QRPerjasaTNG
- Masukkan jumlah pembayaran berkaitan (rujuk jumlah berkaitan pada perenggan atas) dan seterusnya nombor PIN anda.
- Screenshot bukti pembayaran dengan klik pada Transaction History. Seterusnya klik pada maklumat pembayaran berkaitan untuk dibuat screenshot menggunakan telefon masing-masing. Simpan bukti pembayaran anda.
- Bagi tujuan pengesahan bayaran, bukti screenshot pembayaran tersebut hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem Keahlian PERJASA (menu Payments) bagi ahli PERJASA berdaftar.