Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

TAWARAN KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL BERKAITAN ANALITIS DATA RAYA

TAWARAN KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL BERKAITAN ANALITIS DATA RAYA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN MENGHADIRI KURSUS PENSIJILAN PROFESIONAL BERKAITAN ANALITIS DATA RAYA

Saya dengan hormatnya ingin menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan berhubung perkara di atas.

2. Sebagai makluman YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menawarkan kursus pensijilan profesional berkaitan analitis data raya bermula pada 10 Ogos 2020 sehingga 5 Mac 2021. Kursus pensijilan yang ditawarkan terdiri daripada tiga (3) trek iaitu Data Engineer, Data Scientist dan Data Analyst. Setiap trek merangkumi tiga (3) tahap iaitu Fundamental, Intermediate dan Advance. Trek Data Scientist dan Data Analyst akan dilaksanakan dalam dua (2) sesi kerana melibatkan bilangan peserta yang agak ramai. Butiran kursus pensijilan profesional yang ditawarkan mengikut trek adalah seperti berikut :

3. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan juga, sasaran peserta bagi menghadiri kursus pensijilan profesional ini adalah pegawai teknikal yang terlibat dalam projek/pembangunan produk data raya di kementerian/agensi. Pegawai teknikal yang berminat untuk menghadiri kursus pensijilan ini hendaklah memohon dari tahap fundamental terlebih dahulu. Sekiranya pegawai lulus dalam peperiksaan pensijilan tahap fundamental, pegawai akan ditawarkan untuk menghadiri kursus pensijilan tahap intermediate dan seterusnya tahap advance mengikut trek yang dimohon oleh pegawai. Dikemukakan maklumat terperinci senarai kursus, jadual kursus dan peperiksaan bagi setiap kursus pensijilan profesional yang ditawarkan di pautan berikut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan :
>>>>>>> Maklumat Kursus <<<<<<<<<<<

4. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan dipelawa untuk menghadiri kursus tersebut dengan melengkapkan Borang Permohonan di Lampiran B (satu borang bagi satu peserta) dan menghantar kepada pihak urus setia di alamat e-mel [email protected] selewat-lewatnya pada 1 Julai 2020 (Rabu).

5. Untuk makluman jua, permohonan yang lengkap akan diangkat ke Mesyuarat Panel PTM bagi menilai dan memilih calon peserta yang layak untuk menghadiri kursus pensijilan ini. Jemputan rasmi akan dihantar oleh urus setia kepada peserta yang berjaya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

(i) Dr. Noorazah binti Md Noor
E-mel : [email protected]
No. Tel. : 03-8872 3043

(ii)Puan Haryani binti Mohd Rasidi
E-mel : [email protected]
No. Tel. : 03-8872 6326

6. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Dato’/YBrs.Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,
(DR. FAZIDAH BINTI ABU BAKAR)
Pengarah Bahagian Kerajaan Digital
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts