YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 versi Beta menggariskan cadangan hala tuju pelaksanaan pendigitalan Sektor Awam untuk tempoh lima tahun akan datang. MAMPU sebagai peneraju agenda pendigitalan sektor awam bertanggungjawab membangunkan pelan ini sejajar dengan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
PSPSA 2021-2025 versi Beta dikeluarkan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, bagi tujuan penambahbaikan sebelum ia diterbitkan untuk rujukan agensi sektor awam dalam memacu inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi.
>> Brosur Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
Segala maklum balas dan cadangan penambahbaikan sangat dialu-alukan dan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2020 melalui pautan berikut : https://forms.gle/NgxHXV3oGfdESpGT6
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, dalam memberikan maklum balas ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
PASUKAN PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN
SEKTOR AWAM 2021-2025
MAMPU