Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam telah kehilangan seorang insan yang amat disegani dan disenangi oleh rakan taulan iaitu almarhum Tuan Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, mantan Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat , Kementerian Pendidikan Malaysia.
Almarhum telah kembali ke rahmatullah pada 15 Julai 2020 bersamaan 24 Zulkaedah1441H jam 8.45 malam.
PERJASA telah melancarkan tabung khairat kematian pada 16 – 19 Julai 2020 bagi membantu meringankan beban keluarga almarhum. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Biro Kebajikan PERJASA kepada keluarga almarhum pada 22 Julai 2020 bertempat di kediaman almarhum di Desa Villa Merab, Kajang Selangor.
Bersama kita doakan agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
#KitaJagaKita