Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

NOTIS AGM PERJASA KE-26 SESI 2023/24

NOTIS AGM PERJASA KE-26 SESI 2023/24

Salam Sejahtera..

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERJASA Ke-26 Sesi 2023/24 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Julai 2023 (Isnin)

Masa: 11.30 pagi – 1.00 petang

Lokasi: DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside

 

Cadangan usul (jika ada): https://tinyurl.com/usulAGMke26

 

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

Image description

 

Di samping itu, sempena dengan AGM PERJASA, program dwi- tahunan PERJASA iaitu Fiesta PERJASA 2023 yang merangkumi Sesi Technology Update, AGM dan Jamuan Makan akan turut diadakan seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh: 17 Julai 2023 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang

Lokasi: DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside

 

Aturcara program adalah seperti berikut:

Image description

 

Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri AGM PERJASA Ke-26 dan juga Fiesta PERJASA 2023. Kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya 12 Julai 2023 (Rabu) melalui pautan: https://bit.ly/agmperjasa2023. Tuan/puan boleh ambil cuti tanpa rekod untuk menghadiri AGM PERJASA kerana PERJASA adalah persatuan ikhtisas yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 30 Mei 2014 (rujuk Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C).

 

Untuk perhatian, tuan/puan hendaklah menjelaskan yuran keahlian tahun 2022 dan 2023 bagi melayakkan tuan/puan untuk menyertai AGM dan Fiesta PERJASA 2023 (boleh rujuk https://ahli.perjasa.org.my/checking.html untuk semakan status bayaran dan https://www.perjasa.org.my/daftar/ untuk kaedah bayaran).

Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

Together Let’s Make IT Happen!

Chua Swee Suan (Felicia)

Setiausaha PERJASA

6019 778 9139

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts