Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

BAYAR YURAN KEAHLIAN PERJASA KINI DI TOUCH N GO EWALLET

BAYAR YURAN KEAHLIAN PERJASA KINI DI TOUCH N GO EWALLET

Dunia sekarang mula menggalakkan perbelanjaan secara tanpa sentuhan dan tanpa perlu bawa duit fizikal kemana-mana. Itu antara kesan positif daripada pandemik COVID-19 yang kita sedang hadapi sekarang.

PERJASA turut selari bersama arus keperluan semasa dengan penggunaan pelbagai medium pembayaran secara elektronik ini dalam urusan bayaran Yuran Tahunan Keahlian PERJASA. Pada masa ini, bayaran Yuran keahlian dibuat secara Bank Transfer menggunakan FPX kepada akaun PERJASA atau secara automatik menggunakan Biro Angkasa. Kini PERJASA telah maju selangkah ke hadapan dengan mengaplikasikan penggunaan eWallet dalam memudahkan ahli membuat bayaran Yuran Tahunan atau Yuran Ahli Baharu menerusi Tuch n Go eWallet.

Kemudahan ini telah mula berkuatkuasa sejak 13 Ogos 2020 kepada semua. Pemilihan Touch n Go adalah kerana ia merupakan salah satu platform eWallet yang diiktiraf Kerajaan semasa menyalurkan bantuan ePenjana baru-baru ini. Bagi memudahkan pemahaman kaedah penggunaannya oleh semua ahli PERJASA, sila rujuk kepada infografik berikut sebagai panduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts