YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,
PELAWAAN MENGIKUTI KURSUS KURSUS PENGKOMPUTERAN AWAN (CLOUD COMPUTING)
- Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah dilantik sebagai agensi peneraju untuk Taskforce Change Management di bawah Jawatankuasa Pengkomputeran Awan (C3). Antara objektif taskforce adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran pegawai kerajaan di dalam pengkomputeran awan.
- Sehubungan dengan itu, MDEC akan menganjurkan kursus CompTIA Cloud Essential dan CompTIA Cloud+ bagi mendapatkan pendedahan awal dalam penggunaan cloud. Bersama-sama e-mel ini disertakan agenda kursus, kandungan modul bagi setiap kursus dan profil pelatih. Butiran dan cadangan tarikh kursus adalah seperti berikut:
Tajuk Kursus
Tarikh
Sasaran Peserta
Lokasi
CompTIA Cloud Essential
21 – 23 Sept 2020
Pegawai bukan IT
Iverson Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya
CompTIA Cloud+
28 – 30 Sept 2020
Pegawai IT
- Pegawai yang berminat untuk menghadiri kursus ini, boleh mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi seperti di LAMPIRAN A kepada urus setia Pasukan Program Kompetensi ICT Sektor Awam melalui e-mel [email protected] selewat-lewatnya pada 9 September 2020 (Rabu).
- Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan pelawaan ini, mohon berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
i. Encik Ibrahim bin Ismail | No. Tel: 03-88725132
ii. Puan Masrina binti Aminuddin | No. Tel: 03-88725174
iii. Puan Herrniwati binti Ngatiman | No. Tel: 03-88725170
Salam, kenapa tak boleh buka Lampiran A?
File Lampiran A tersebut dalam format .zip bagi menggabungkan semua dokumen berkaitan. Mohon Cik Ain pastikan ada perisian WinZip, WinRAR atau 7zip di dalam PC/Laptop puan untuk membolehkan extract fail tersebut.
Saya buka di hp patutlah tak boleh. Ok terima kasih di atas makluman. Nanti saya buka di pc.