Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

YOUTUBE PREMIUM?

YOUTUBE PREMIUM?

Youtube merupakan salah satu media yang biasa digunapakai untuk perkongsian pelbagai video secara streaming dan sekarang dah boleh dengar lagu juga macam perisian spotify. Agensi kerajaan juga dah mula gunakan platform percuma Youtube ini untuk kongsi pelbagai video promosi atau hebahan maklumat. Selain itu, ianya juga turut dijadikan salah satu pilihan untuk perkongsian video secara langsung selain penggunaan FB Live.

Jadi jom kita kenalpasti apa jenis pakej yang ada disediakan oleh Youtube dan mungkin berguna untuk agensi atau sebagai pengguna biasa :

  1. YouTube – YouTube adalah perkhidmatan penstriman video yang dikuasakan oleh pengguna laman web ini. Ia menawarkan 500 minit kandungan baru setiap minit dan ini adalah laman web penstriman paling popular yang pernah ada pada masa kini.
  2. YouTube Premium – Perkhidmatan langganan dengan ciri yang disempurnakan untuk pengguna YouTube. Ciri-ciri termasuk operasi secara latar belakang pada peranti mudah alih, boleh memuat turun video untuk penggunaan semasa offline, dan tidak ada iklan.
  3. YouTube Music – YouTube Music pernah menjadi salah satu cabang YouTube. Pada asalnya hanya menunjukkan video muzik. Namun, sejak itu berkembang menjadi perkhidmatan streaming muzik lengkap seperti spotify namun menggunakan YouTube sebagai tulang belakang kandungan muziknya.
  4. YouTube Music Premium – Ini adalah perkhidmatan langganan khusus untuk YouTube Music. Ini mempunyai ciri yang sama dengan YouTube Premium, tetapi fungsi tersebut hanya dikhususkan untuk perkhidmatan YouTube Music sahaja.
  5. YouTube Originals – YouTube Originals adalah kandungan eksklusif untuk YouTube. Anda dulu memerlukan langganan YouTube Premium untuk menontonnya sebelum ini, tetapi YouTube menjadikannya percuma pada akhir tahun 2019.

Apakah kelebihan yang ada pada langganan YouTube Premium?

  • Kandungan Video tanpa iklan
  • Muat turun video untuk tontonan offline pada telefon anda. Anda juga boleh muat turun seluruh playlist.
  • Main secara latar belakang dengan skrin video dibiarkan terbuka tanpa mengganggu anda buat kerja lain di telefon anda. Anda juga boleh dengan walau skrin telefon terpadam.
  • YouTube Music Premium termasuk sekali dalam langganan ini.
  • YouTube Kids juga boleh digunakan tetapi dengan YouTube Kids app.
  • Google Play Music turut ada. Namun ia akan bersara dalam tahun 2020 ni. YouTube Music akan menggantikannya.

Herm…banyak kelebihannya kan?…Namun langganan pakej ini langsung tidak berkaitan dalam keperluan untuk membuat Live YouTube. Jadi nak buat Live YouTube boleh terus buat menggunakan akaun percuma namun syarat untuk membolehkan channel YouTube dengan nama sendiri ATAU untuk membolehkan perolehi duit sampingan dari iklan ATAU membolehkan live YouTube terus menggunakan telefon…semua ni ada syarat lain. Nantilah kalau ada kesempatan saya kongsikan pula.

Jangan lupe like dan subscribe YouTube Channel Rasmi PERJASA

#kitajagakita
#TolongOrangNakTolongOrang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts