Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

WEBINAR FITNESS TALK PERJASA 2021 – BDR ATAU BDP : KEKAL SIHAT DAN CERGAS

WEBINAR FITNESS TALK PERJASA 2021 – BDR ATAU BDP : KEKAL SIHAT DAN CERGAS
Hai gaisss…
 
Jadi memandangkan kita masih belum menang melawan COVID-19 ni, nak bercuti tak boleh lagi tapi badan lemau asyik kerja je kan. Yang duk BDR pulak kena layan anak-anak ber VC dengan cikgu dan kadangkala kita jadi lebih singa dari Singa Afrika…
 
Jom kita dengar tips dan panduan daripada Coach Fitness berpengalaman yang dibawakan khas ke pentas Webinar PERJASA kali ni.
Tarikh : 19 Februari 2021 jam 3.00 petang hingga 4.30 petang
Tajuk : BDP atau BDR – Kekal Sihat dan Cergas
Nama : Coach Shahrul Azuan B. Shahruddin
Jawatan : Guru di SK Bandar Seri Putra Bangi
 
Coach yang dibawakan ni bukan kaleng-kaleng eh….beliau merupakan Pendaki Utama “Misi Perdana De’Everest-Tibet 2011”. Selain itu, beliau juga aktif sebagai Pendaki Gunung Kilimanjaro, Gunung Fuji, Gunung Rinjani dan Gunung Kinabalu. Beliau berlari dan berbasikal sebagai hobi dan merupakan seorang Marathoner.
 
Coach shahrul juga berpengalaman sebagai Jurulatih Kecergasan selama 7 Tahun untuk program Hitfat Malaysia, Jom Kurus Malaysia dan Justfit League Malaysia.
Ayuh kita dengar dan ciduk ilmu beliau untuk sama-sama kita amalkan bagi kebaikan kita bersama.
 
Kita cemerlang di tempat kerja. Kita cemerlang juga menjaga kesihatan kita.
 
Kita akan gunakan Airmeet dan Live di Youtube Rasmi PERJASA (Jangan lupa subscribe dan like nanti)
Untuk daftar event ini, sila ke URL berikut : >> https://www.airmeet.com/…/936dd110-6b9c-11eb-9d0a… <<
 
Ia limited hanya untuk 100 orang pertama sahaja yang boleh join di Airmeet (boleh berinteraksi terus). Namun, bagi yang tak dapat nak join melalui AirMeet tu boleh follow dan subscribe Youtube Rasmi PERJASA kerana kami akan buat live disitu juga.
Ayuh cargaskan jemari anda untuk daftar dan sertai program menarik ni. Kasik kecoh sikit kat memember lain bagi meriah.
 
Badan Sihat Pemangkin Kerja Cemerlang (Dah macam tema hari sukan sekolah jer kan…hahahahaha)..
.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts