PERJASA VIRTUAL TREASURE HUNT (VTH) 2021

PERJASA VIRTUAL TREASURE HUNT (VTH) 2021

PERJASA Virtual Treasure Hunt (VTH) 2021FAQ :🚕 Bila? : 6 April 2021 (Selasa) Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam🚕 Dimana? : Secara Online dan akan dimaklumkan kemudian🚕 Apa hadiahnya? : 🎁Tempat Pertama : RM 400.00 🎁Tempat Kedua : RM 300.00 🎁Tempat Ketiga : RM 200.00🎁Saguhati tempat ke-4 hingga ke-30 : RM50.00🚕 Wow, penyertaan ni untuk ahli PERJASA je ke? : Penyertaan terbuka untuk semua..ya semua. Bukan ahli PERJASA pon boleh join. Secara berkumpulan (maksimum empat (4) orang sekumpulan. Penyertaan berkeluarga dibenarkan dan sangat digalakkan.🚕 Ada Yuran Penyertaan? : 🔊Kumpulan dengan seorang Ahli PERJASA : RM40🔊Kumpulan tanpa Ahli PERJASA : RM60🚕…
Baca Lagi
NOTIS MESYUARAT AGONG PERJASA KALI KE 25

NOTIS MESYUARAT AGONG PERJASA KALI KE 25

Hai Gaiss..Semua dah nampak kan minggu lepas ada keluar Banner pasal Notis Mesyuarat Agong Kali Ke-25Min nak buat FAQ sikitlah pasal Mesyuarat ni...jom layan : Bila? : 7 April 2021 (Rabu) Jam 2.30 ptg Dimana? : Secara Online Menggunakan Platform Airmeet Apa tu Airmeet? : Airmeet adalah salah satu platform komunikasi maya yang kita akan guna bagi mengadakan Mesyuarat Agong secara maya. Ini bagi mematuhi SOP di musim pandemik Covid-19 ketika ini. Paltform ini telah digunakan oleh PERJASA dalam sesi webinar akhir-akhir ini. Apa kelebihannya buat secara maya? : Ahli PERJASA yang berada sejauh utara nun di Perlis hingga ke…
Baca Lagi
HEBAHAN KWAICT BIL.2 TAHUN 2021 BERKAITAN PEMBIAYAAN PERMOHONAN PROFESSIONAL TECHNOLOGIST

HEBAHAN KWAICT BIL.2 TAHUN 2021 BERKAITAN PEMBIAYAAN PERMOHONAN PROFESSIONAL TECHNOLOGIST

HEBAHAN KWAICT BIL.2 TAHUN 2021 BERKAITAN PEMBIAYAAN PERMOHONAN PROFESSIONAL TECHNOLOGIST.Ayuh memohon Profesional Technologist (Ts.). Iktirafkan kemahiran yang ada pada diri anda.Siapakah layak memohon?Pencalonan bagi tawaran pembiayaan permohonan Professional Technologist MBOT terbuka kepAda semua pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);Pegawai belum pernah memohon (permohonan kali pertama);Pemohon mestilah telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam perkhidmatan dan telah mengisi maklumat lengkap di Sistem Pengurusan Kerjaya (SPK) SPKICTKemukakan kepada Urusetia KWAICT di alamat emel :Borang permohonan pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam (LAMPIRAN B)Borang Persetujuan Penyertaan Program Kompetensi KWAICT (LAMPIRAN D)#AyuhBangkitRakanF#FisFrontliner#KitaJagaKita LAMPIRAN B…
Baca Lagi
HEBAHAN RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM (PSPSA) 2021-2025 (VERSI BETA 3.0)

HEBAHAN RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM (PSPSA) 2021-2025 (VERSI BETA 3.0)

HEBAHAN RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM (PSPSA) 2021-2025 (VERSI BETA 3.0)Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.2.           Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan, Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang dibangunkan secara dalaman oleh MAMPU menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi sektor awam dalam merangka strategi pendigitalan di peringkat kementerian dan agensi masing-masing.3.           PSPSA 2021-2025 versi beta 3.0 merupakan pelan yang telah ditambah baik berdasarkan maklum balas PSPSA 2021-2025 versi beta…
Baca Lagi
JEMPUTAN MENGHADIRI BOOTCAMP MODENISASI INFRASTRUKTUR IT – PARADIGMA HYBRID CLOUD COMPUTING

JEMPUTAN MENGHADIRI BOOTCAMP MODENISASI INFRASTRUKTUR IT – PARADIGMA HYBRID CLOUD COMPUTING

Tuan/Puan,JEMPUTAN MENGHADIRI BOOTCAMP MODENISASI INFRASTRUKTUR IT – PARADIGMA HYBRID CLOUD COMPUTINGDengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan berhubung perkara di atas.2. Untuk maklumat tuan/puan, MAMPU dengan kerjasama NUTANIX akan menganjurkan Bootcamp Modenisasi Infrastruktur IT – Paradigma Hybrid Cloud Computing pada 9 dan 10 Mac 2021 secara virtual (video conferencing). Bootcamp bertujuan untuk membangunkan kepakaran dan kompetensi personel ICT khususnya dalam bidang Pengurusan Pusat Data dan pengkomputeran awan.3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berminat dijemput untuk menghadiri bootcamp tersebut. Pendaftaran boleh dilakukan secara online menerusi portal IEMG (INTAN Event Management Gateway) di pautan https://bit.ly/3dZy6Sn4. Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung terus…
Baca Lagi
WEBINAR FITNESS TALK PERJASA 2021 – BDR ATAU BDP : KEKAL SIHAT DAN CERGAS

WEBINAR FITNESS TALK PERJASA 2021 – BDR ATAU BDP : KEKAL SIHAT DAN CERGAS

Hai gaisss... Jadi memandangkan kita masih belum menang melawan COVID-19 ni, nak bercuti tak boleh lagi tapi badan lemau asyik kerja je kan. Yang duk BDR pulak kena layan anak-anak ber VC dengan cikgu dan kadangkala kita jadi lebih singa dari Singa Afrika... Jom kita dengar tips dan panduan daripada Coach Fitness berpengalaman yang dibawakan khas ke pentas Webinar PERJASA kali ni.Tarikh : 19 Februari 2021 jam 3.00 petang hingga 4.30 petangTajuk : BDP atau BDR - Kekal Sihat dan CergasNama : Coach Shahrul Azuan B. ShahruddinJawatan : Guru di SK Bandar Seri Putra Bangi Coach yang dibawakan ni bukan kaleng-kaleng eh....beliau merupakan…
Baca Lagi
PENGUMPULAN MAKLUMAT PEGAWAI KLASIFIKASI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT LANTIKAN SPA YANG MEMPEROLEH PERAKUAN MBOT SEBAGAI PROFESSIONAL TECHNOLOGISTS (TS.) / CERTIFIED TECHNICIANS (TC.)

PENGUMPULAN MAKLUMAT PEGAWAI KLASIFIKASI PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT LANTIKAN SPA YANG MEMPEROLEH PERAKUAN MBOT SEBAGAI PROFESSIONAL TECHNOLOGISTS (TS.) / CERTIFIED TECHNICIANS (TC.)

Untuk perhatian semua, Seksyen Pembangunan Perkhidmatan Sistem Maklumat (SPF), Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA), MAMPU sedang membuat pengumpulan maklumat pegawai-pegawai Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang memperoleh Perakuan Malaysia Board of Technology (MBOT) sebagai Professional Technologists (Ts.) atau Certified Technicians (Tc.).Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan, dapat meluangkan masa untuk mengisi borang pengumpulan tersebut melalui pautan seperti berikut:https://forms.gle/p3B9DmcUpfMxzPmq9           Tarikh tutup kaji selidik: 17 Februari 2021 (Rabu, jam 5.00 petang).Kita tau. Kita bagitau. Kita bantu. Kita buat.#AyuhBangkitF#FisFrontliner
Baca Lagi
WEBINAR PERJASA 2021 – ANALISA KAEDAH SERANGAN SIBER MENGGUNAKAN HONEYPOT

WEBINAR PERJASA 2021 – ANALISA KAEDAH SERANGAN SIBER MENGGUNAKAN HONEYPOT

Hai gaisss...Alhamdulillah Webinar PERJASA pertama bagi tahun 2021 sempena PKP 2.0 telah berjaya dilaksanakan menggunakan platform Airmeet. Berdebar jugak min sebab first time try guna tu. Min pon ada bagitau sebelum ni yang platform Webinar PERJASA 2021 di Airmeet akan jadi platform rasmi bagi Webinar seterusnya kan. Jadi mereka yang dah daftar sebelum ni boleh automatik hadir ke Webinar PERJASA kali kedua pula ni. Al maklumlah kuota free version ni cuma 100 participant sahaja. Kalau min dapat sponsor boleh la nak extend besar sikit. (boleh emel ke [email protected] kalau sudi sponsor eh) Masih ada baki seat dalam 10 jer lagi kot. Jadi…
Baca Lagi
WEBINAR PERJASA 2021 – PERKONGSIAN JITSI SEBAGAI NORMA DI ERA PANDEMIK

WEBINAR PERJASA 2021 – PERKONGSIAN JITSI SEBAGAI NORMA DI ERA PANDEMIK

Hai gaisss...Seperti yang min janjikan, ini adalah Webinar PERJASA pertama bagi tahun 2021 ni sempena PKP 2.0. Kita akan bersama En Saharudin bin Saat yang merupakan PPTMK di KPDNHEP. Beliau akan berkongsi pengalaman beliau di sesi kali dengan tajuk : Perkongsian Jitsi Sebagai Norma Komunikasi di Era Pandemik.Bila ia berlangsung?Tarikh : 8 Februari 2021Masa : 10.30pg hingga 12.30tghrWebinar Platform : Airmeet & Youtube Rasmi PERJASA (Jangan lupa subscribe dan like nanti)Untuk daftar event ini, sila ke URL berikut : https://www.airmeet.com/e/0178a5e0-67ce-11eb-bd14-6d50daa66c42Ia limited hanya untuk 100 orang pertama sahaja. Bagi yang tak dapat nak join boleh follow dan subscribe Youtube Rasmi PERJASA…
Baca Lagi
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KUMPULAN WANG AMANAH PEMBANGUNAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM (KWAICT)

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KUMPULAN WANG AMANAH PEMBANGUNAN PROJEK ICT SEKTOR AWAM (KWAICT)

Untuk perhatian semua, pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) adalah berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam (PTPA) Bilangan 4 Tahun 2017.Tujuan KWAICT ditubuhkan adalah untuk :Menggalakkan pembangunan projek ICT dengan menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran kepada pasukan yang berjaya menjimatkan kos Kerajaan;Meningkatkan kepakaran dalaman melalui pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam; danMeningkatkan penghasilan produk ICT tempatan menerusi pembiayaan Program R&D ICT Sektor awam.Sehubungan dengan itu, semua agensi diminta agar mengambil perhatian tentang pelaksanaan KWAICT ini boleh memberi manfaat berguna demi mencapai tujuan yang ditetapkan.Kita tau. Kita bagitau. Kita bantu.…
Baca Lagi