HEBAHAN RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SEKTOR AWAM (PSPSA) 2021-2025 (VERSI BETA 3.0)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan, Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 yang dibangunkan secara dalaman oleh MAMPU menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan pendigitalan sektor awam untuk tempoh lima tahun yang akan menjadi panduan kepada agensi sektor awam dalam merangka strategi pendigitalan di peringkat kementerian dan agensi masing-masing.
3. PSPSA 2021-2025 versi beta 3.0 merupakan pelan yang telah ditambah baik berdasarkan maklum balas PSPSA 2021-2025 versi beta 1.0 dan 2.0. Draf PSPSA telah dimuat naik di portal MAMPU pada bulan Julai 2020 untuk mendapatkan maklum balas kementerian/agensi dan seterusnya hebahan Ringkasan Eksekutif PSPSA versi beta 1.0 pada bulan Ogos 2020. Hasil daripada maklum balas yang diterima, PSPSA 2021-2025 telah ditambah baik dan versi beta 2.0 telah dimuat naik dalam portal MAMPU pada 27 Oktober 2020. Pihak MAMPU mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan yang telah memberikan maklum balas bagi PSPSA 2021-2025 versi beta tersebut.
4. Untuk makluman YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan, pembangunan PSPSA 2021-2025 bermula pada Januari 2020 dengan mengaplikasikan pendekatan Metodologi PerSI (Perancangan Strategik ICT) dan MyGovEA dalam pembangunan projek PSPSA 2021-2025. Pelan yang dibangunkan ini telah mengambil kira penjajaran dengan hala tuju nasional dan global serta sejajar dengan kemunculan teknologi baharu (emerging technologies), Revolusi Industri 4.0, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Pelan Antirasuah Nasional dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Ia juga selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 2030 berdasarkan konsep tiada yang terpinggir (leave no one behind).
5. Sehubungan itu, PSPSA 2021-2025 versi beta 3.0 sangat penting dan merupakan agenda besar kerajaan dalam merealisasikan visi pendigitalan sektor awam iaitu ‘Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital’. PSPSA 2021-2025 yang meliputi 7 teras strategik, 10 prinsip panduan serta 9 ekosistem pemboleh daya boleh menjadi rujukan dan panduan YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan dalam merangka pelan strategik pendigitalan di kementerian/agensi. Ringkasan Eksekutif PSPSA 2021-2025 versi beta boleh diakses melalui pautan berikut: Ringkasan Eksekutif PSPSA 2021-2025 Versi Beta
6. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk Seri Dr./YBhg. Dato’/YBhg. Datin/YBrs. Dr./tuan/puan dalam perkara ini sangat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
#KitaJagaKita
#AyuhBangkitRakanF