Buletin PERJASA adalah medium perkongsian maklumat dan ilmu serta aktiviti oleh ahli-ahli PERJASA dan juga warga Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam.
Edisi kali ini menampilkan sudut Laporan Khas Analisis Data yang memfokuskan artikel-artikel yang berkaitan dengan analisis data raya. Antara topik-topik perkongsian menarik yang lain adalah Pengurusan Aliran Udara Pusat Data, Threat Intelligence, Pegaturcaraan Selamat dan juga laporan aktiviti PERJASA.
Artikel sambungan dari buletin yang lalu seperti Keperluan Membina Tahap Ketersediaan Yang Tinggi (HA) Ke Atas Server Virtual Siri 2 serta Indeks Pangkalan Data dan Execution Plan menunjukkan kesinambungan penerbitan Buletin PERJASA.
Semoga semua perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua pembaca.
Buletin PERJASA Bil 1/2019 boleh diakses di https://www.perjasa.org.my/index.php/buletin-perjasa-bil-1-2019/