Webinar : iPayment – Platform e-Pembayaran Sektor Awam
Taklimat ini menerangkan inisiatif iPayment sebagai usaha kerajaan untuk merealisasikan hasrat government go-cashless dalam sistem penyampaian kepada orang awam.
Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam menguruskan perakaunan dan kewangan kerajaan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah merancang inisiatif ini bermula pada September 2019 berikutan tren global orang awam yang menggunakan perkhidmatan e-dagang dan perbankan elektronik semakin meningkat. Adalah diharapkan melalui pelaksanaan iPayment ini, urusan kutipan hasil dan bukan hasil sektor awam dapat diuruskan dengan lebih cekap sekaligus membawa sistem penyampaian kerajaan seiring dengan teknologi dalam komuniti tanpa tunai.
Tarikh : 23 September 2021 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi (Anggaran 1 jam 30 minit termasuk Q&A)
Daftar di : https://bit.ly/DaftarWebinarPERJASA2021
Penceramah : Encik Muhammad Azhar Fairuzz Hiloh, Jabatan Akauntan Negara