Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

PERKHIDMATAN FORENSIK DIGITAL OLEH MYDFLAB MAMPU

PERKHIDMATAN FORENSIK DIGITAL OLEH MYDFLAB MAMPU

Hai Gais…

Untuk makluman semua F Vengers, BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN GUNASAMA INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT ada menyediakan perkhidmatan forensik digital merangkumi Forensik Komputer, Forensik Mobil, Penghapusan Data (Sanitasi) dan Pemulihan Data kepada agensi-agensi Sektor Awam.

Sehubungan itu, perkhidmatan yang disediakan oleh MyDFLAB adalah pengendalian kes forensik digital komputer dan telefon, pemulihan data dan sanitasi data kepada agensi sektor awam.

Keterangan perkhidmatan :
a. Forensik digital perkakasan serta perisian terlibat dalam analisis insiden keselamatan siber;
b. Forensik digital terhadap peranti mudah alih, kad SIM, rekod panggilan, SMS dan sebagainya yang diperlukan dalam pembuktian insiden keselamatan siber;
c. Pemulihan data (ekstrak data yang telah dipadam disebabkan kecuaian pengguna atau kerosakan elektronik);
d. Sanitasi data (pengosongan media storan bagi penghapusan data digital untuk tujuan pelupusan)

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi pakar MyDFLAB iaitu :
> YBrs. Dr. Norhazlina Hamid ([email protected]); dan
> Encik Badrulhisham Baharuddin ([email protected]).

Alamat Rasmi MyDFLAB :
Malaysia Government Digital Forensic Lab (MyDFLab)
Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur & Keselamatan ICT,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Bangunan MKN-Embassy Techzone,
Blok B, No. 3200, Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Emel Rasmi : [email protected]

#KitaJagaKita
#BeACreatorNotAUser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts