Portal kami menggunakan cookies untuk meningkat serta memberikan pengalaman personalisasi kepada anda . Dengan melayari portal ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookies. Kami telah mengemas kini Dasar Privasi kami. Klik pada butang untuk memeriksa Dasar Privasi kami.

Blog Post

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2021 OLEH PRESIDEN PERJASA

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2021 OLEH PRESIDEN PERJASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga PERJASA yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pertama-tamanya marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih dapat bersama pada hari ini.  Tahun 2020 telah berlalu dengan pelbagai cabaran dan dugaan-Nya demi terus memperkukuhkan keimanan dan jati diri kita semua. Apa yang pasti kita kini berada dalam era baru dengan norma-norma yang baharu.

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membataskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti PERJASA yang telah dirancang sepanjang tahun lepas. Walaubagaimanpun, melalui teknologi pendigitalan, PERJASA tetap melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti forum secara webinar, pertandingan secara atas talian serta kolaborasi aktiviti bersama beberapa pihak luar.

Perubahan kepada kaedah penyampaian perkhidmatan melalui norma baharu, memerlukan tindakan penyesuaian dengan menerapkan pelbagai elemen digital dan automasi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Proses kerja di persekitaran baharu ini turut memberi kesan kepada perubahan  teknologi terutamanya ICT yang berkait rapat dengan pendigitalan. Keadaan ini memberi cabaran baru kepada ahli-ahli PERJASA yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan ICT di agensi untuk mempertingkatkan kemahiran ICT masing-masing.

Tahun 2021 pasti akan membawa cabaran tersendiri yang memerlukan tanggungjawab yang lebih besar. Justeru saya berharap PERJASA akan dapat terus memberikan sumbangan bagi memastikan kebajikan persatuan dan ahli-ahlinya terpelihara. Marilah kita bersama-sama mengeratkan perhubungan supaya kita berupaya mencapai kecemerlangan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Akhir kata, saya mewakili barisan Exco mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2021 kepada semua Ahli PERJASA.

Terima kasih

Datuk Haji Mohd Danial bin Ma’alip
Presiden PERJASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts