Untuk perhatian semua, pelaksanaan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Projek ICT Sektor Awam (KWAICT) adalah berdasarkan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam (PTPA) Bilangan 4 Tahun 2017.
Tujuan KWAICT ditubuhkan adalah untuk :
- Menggalakkan pembangunan projek ICT dengan menggunakan kepakaran dalaman dan memberikan ganjaran kepada pasukan yang berjaya menjimatkan kos Kerajaan;
- Meningkatkan kepakaran dalaman melalui pembiayaan Program Peningkatan Kompetensi dan Profesionalisme Pegawai Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam; dan
- Meningkatkan penghasilan produk ICT tempatan menerusi pembiayaan Program R&D ICT Sektor awam.
Sehubungan dengan itu, semua agensi diminta agar mengambil perhatian tentang pelaksanaan KWAICT ini boleh memberi manfaat berguna demi mencapai tujuan yang ditetapkan.
Kita tau. Kita bagitau. Kita bantu. Kita buat.
#AyuhBangkitF