Sesi Kunjungan Hormat dan Pelantikan YBrs. Tuan Azih bin Yusof sebagai Penasihat PERJASA
Jawatankuasa PERJASA Sesi 2021/2023 yang baharu dilantik telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Azih bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah ICT, MAMPU merangkap GCIO Sektor Awam Malaysia. PERJASA amat berbesar hati atas kesudian YBrs. Tuan Azih atas persetujuan beliau untuk menerima pelantikan sebagai Penasihat PERJASA. Cenderahati: Information System & Executives’ Role dikaryakan oleh Prof. Dr. Mokhtar Mohd. Yusof, PTM senior kami yang dah bersara dan kini berkhidmat di MEDIU